Update Jika mahu Tamatkan PKP, Ia perlu untuk selamanya >> Berita Malay 18

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya PKP mahu ditamatkan bagi membendung wabak COVID-19, ia hendaklah untuk tempoh selama-lamanya.
JIKA MAHU TAMATKAN PKP, IA PERLU UNTUK SELAMANYA

Tiada gunanya Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan untuk tempoh seketika, dan dikenakan semula selepas itu.

Demikian menurut Menteri Kanan (Keselamatan),Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata, sekiranya PKP mahu ditamatkan bagi membendung wabak COVID-19, ia hendaklah untuk tempoh selama-lamanya.


Seterusnya, beliau mengajak rakyat bersabar, dengan biar susah sekarang, demi kesenangan pada masa akan datang.

Tambahnya,PKP boleh ditamatkan lebih awal dan rakyat boleh nikmati banyak kelonggaran, sekiranya kes COVID-19 berkurangan.

Beliau bercakap dalam sidang harian COVID-19, di Putrajaya.


Subscribe to receive free email updates: