Update Kereta mini guna tenaga elektrik kini mula memasuki pasaran Malaysia dengan bayaran serendah RM160 sebulan >> Berita Malay 18

Dilaporkan kereta elektrik mini ini hanya boleh memuatkan dua orang dan memerlukan 5 jam untuk mengecas sehingga 80% tenaga elektrik.
Kereta mini guna tenaga elektrik kini mula memasuki pasaran Malaysia dengan bayaran serendah RM160 sebulan

Pasti ramai yang tahu mengenai kehadiran kereta mini ini yang baru muncul di pasaran Malaysia. Ramai yang mula melihat-lihat keluaran terbaru ini di media-media sosial sambil terfikir-fikir untuk membelinya.

Dengan saiz yang lebih kecil di samping harga yang agak rendah iaitu sekitar RM13,800 pembeli sudah boleh mendapatkannya dengan bayaran serendah RM159.98 sebulan.


Kereta Mini EV X2 Sekarang merupakan produk keluaran China ini dikatakan mempunyai ciri-ciri yang lebih ringan, bersaiz kecil dan apa yang menarik ialah kereta ini mesra alam dengan penggunaan tenaga hijau yang lebih jimat. Dengan harga jualan sekitar RM13,800 ini mungkin membolehkan ramai yang mampu untuk membelinya.

Dilaporkan juga bahawa kereta elektrik mini ini hanya boleh memuatkan dua orang dan memerlukan 5 jam untuk mengecas sehingga 80% tenaga elektrik. Selain itu, ia memerlukan sekitar 8 jam untuk dicas bagi menerima tenaga yang penuh dan dengan elektrik yang ada kereta ini boleh bergerak sejauh 120 km.

Tambahan lagi, model ini juga dilengkapi dengan lampu depan dan lampu belakang LED, dua mod pilihan ECO, kamera terbalik, radar tempat letak kereta dan lain-lain. Pada masa yang sama, terdapat reka bentuk instrumen LCD 6.2- inci penuh yang menyediakan 3 penggantian tema.


Namun begitu, setelah disemak dengan Bahagian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak JPJ dikatakan masih belum menerima sebarang permohonan dan model ini masih belum diberikan sebarang kelulusan VTA untuk berada atas jalan raya buat masa ini.

Hal ini bermaksud kereta model ini masih belum sah untuk digunakan di jalan raya dan tidak diberikan perlindungan insurans.



Ramai sepertinya yang menyambut positif kehadiran kereta ini namun walaupun Mini EV X2 ini telah memasuki pasaran Malaysia adalah lebih baik untuk difikirkan semula sama ada perlu atau tidak untuk membelinya kelak.

Jika anda benar-benar memerlukannya atau sebaliknya tetapi apa yang penting dapatkan pengesahan JPJ terlebih dahulu!

Subscribe to receive free email updates: