Update Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal dunia >> Berita Malay 18

Inalilahiwainalilahirajiun alfatiha dibaca untuk permata ummah Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus telah menghembuskn nafas terakhir pada jam 12:33 sebentar tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di malam 15 Ramadan.
Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal dunia

TAKZIAH | Dukacita dimaklumkan Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah (bacaan)

Perginya Ilmuwan Islam pada malam Jumaat. Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.


"Duka cita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah," menurut kenyataan di Facebook itu.

Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.

Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kira-kira 10 minit lalu.

"Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

"Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta'ala," kata pusat perubatan berkenaan dalam Facebook.

Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru. Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.


Subscribe to receive free email updates: