ELOK TUBUHKAN PARTI BARU, AHLI AMBIL DARI UMNO SIKIT, PAS SIKIT, BERSATU SIKIT, PKR SIKIT, PAN SIKIT, DAP SIKIT, LAMA-LAMA JDI BUKIT LE !
MPT Bersatu sahkan Dr M, 4 yang lain bukan lagi ahli parti
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam mengesahkan keahlian Dr Mahathir Mohamad, terhenti secara serta-merta.
Selain Dr Mahathir, pemberhentian serta-merta itu turut melibatkan Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan Maszlee Malik.
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat itu turut mengesahkan keputusan parti berkenaan untuk keluar daripada PH, yang menurutnya dimuktamadkan dalam mesyuarat MPT pada 23 Februari lalu.
"Dengan pengesahan dan ketetapan yang diambil mesyuarat MPT semalam, saya menyeru kepada ahli dan pimpinan akar umbi untuk kekal istiqamah bersama parti demi perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air," kata Hamzah dalam kenyataan.