Update Cadangan pengeluaran RM10,000 ‘one-off’ Akaun 1 KWSP >> Berita Malay 18

Pengeluaran RM10,000 One-Off Akaun 1 KWSP ~ Berapa Ramai Setuju
Najib cadang KWSP benarkan pengeluaran ‘one-off’ sehingga RM 10,000 dari akaun 1

Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mencadangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM 10,000 bagi mengharungi cabaran kehidupan yang wujud berikutan impak penularan wabak Covid-19.

S emasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kerajaan benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid. Masa itu, kerajaan telah sambut dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin.”

“Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan keluaran “one-off” sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak. Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran “one-off” ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi memulih – tidak termasuk caruman bulanan biasa,” kata Najib melalui posting Facebook beliau pagi tadi.

“Namun, saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara. Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak,” tambah Najib lagi.

“Saya cadangkan syarat aku janji bukan sebab mahu pencarum bayar balik seperti pinjaman tetapi niat ialah untuk menggalakkan pencarum lebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP lebih tinggi.”



“Jika tak dapat bayar balik dalam masa 2 tahun, tiada penalti dan KWSP tak boleh buat apa-apa. Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum,” jelas Najib.

Subscribe to receive free email updates: