Apa lah korang ni..!
Polis siasat penyebaran 'tuduhan palsu' babitkan Speaker Melaka
Polis hari ini mengesahkan sedang menyiasat penyebaran berita membabitkan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, Ab Rauf Yusoh yang didakwa melakukan gangguan seksual.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ringkas.
Seksyen 500 Kanun Keseksaan adalah berkaitan fitnah terhadap seseorang.
Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula adalah berkenaan seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Terdahulu tersebar di media sosial laporan yang mendakwa Ab Rauf cuba melakukan gangguan seksual terhadap seorang kakitangan wanita di sebuah hotel di Ayer Keroh pada 2 Okt.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balas Ab Rauf dan pihak berkuasa berhubung perkara ini.
Artikel yang tular di media sosial itu mendakwa Ab Rauf melakukan gangguan seksual terhadap pekerja hotel awal bulan Okt ini.
Bagaimanapun selepas perkara itu tukar, pekerja hotel yang dikaitkan dengan perkara itu tampil membuat laporan polis.
Dalam satu laporan polis yang dilihat Malaysiakini, pekerja wanita itu membuat laporan menafikan tuduhan itu di sebuah balai polis pagi tadi.
Wanita berkenaan menafikan tuduhan itu yang tersebar di media sosial Facebook dan WhatsApp itu.
Melalui laporan polis itu, wanita berkenaan memaklumkan yang dia mengetahui perkara itu setelah diberitahu oleh salah seorang majikannya.
Dia kemudiannya membuat laporan polis bagi melindungi dirinya dan juga untuk tindakan lanjut.
Mana ada kongkek???
Lu Fikir La Sendiri..!!!