Dr Noor Hisham juga memperingatkan lagi, lagi dan lagi supaya rakyat terus duduk di rumah untuk memutuskan rantai Covid-19 dengan lebih berkesan jika tiada urusan penting diluar dalam tempoh dua minggu ini.
Mesej penting memutuskan rantaian COVID-19.
Mesej penting memutuskan rantaian COVID-19.
K etua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan.
"Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.
"Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan," katanya.
Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.
Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat.
"Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan," katanya.
Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Related Posts :
Update [Video Kononnya Kerajaan Dulu Boros] Hu bayaa! Menteri Pelancongan (Mohamaddin Ketapi) angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat...Bhg 1. >> Berita Malay 18Jumaat, 19 Oktober 2018
Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat
SABAH KINI Oct 18, 2018
Ment… Read More...
Update TAKZIAH anak muda, MyBrain15 tiada lagi tawaran >> Berita Malay 18
Kita ucapkn salam takziah kepada pengundi muda PH kerana jasa anda biasiswa untuk belajar master dan phd kita telah ditamatkan sertamerta… Read More...
Update Tolaklah ikat jamin esok... >> Berita Malay 18
Dilaporkan bahawa Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah menolak cadangan peguamnya untuk menawarkan ikat jamin kepada SPRM supaya beliau tid… Read More...
Update [LIVE BICARA NAJIB-Tuntutan Umno Berkaitan Wang Rampasa PDRM dari Premis Najib] Presiden UMNO sudah, kini giliran PAS pula! Penahanan Zahid untuk bunuh Umno, kata Puad Zarkashi. >> Berita Malay 18Jumaat, 19 Oktober 2018
UMNO sudah, kini giliran PAS pula..
Bersiap sedialah lebai2 PAS bakal dipanggil utk disiasat polis atau pun SPRM b… Read More...
Update [Video Warisan anak jati sabahan] Bermewah Belanja DUIT KERAJAAN? Menteri jenis 'Tak Tahu Apa2' & KSU tak berani tegur? >> Berita Malay 18Jumaat, 19 Oktober 2018
Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat...Bhg 2
Oct 18, 2018, B… Read More...