Sejak kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat pada PRU 13 dengan hanya meraih 51% undi popular seterusnya tersungkur terkangkang dengan kekalahan pada PRU 14 pada 9 Mei 2018 yang lalu tidak sekali pun UMNO dan Barisan Nasional mengadakan post morterm akan punca kenapa dan mengapa UMNO dan Barisan Nasional di tolak sebegitu rupa oleh rakyat.
Lebih malang lagi dalam PRU yang lalu, banyak saluran 1 yang terdiri dari pengundi hard core UMNO/BN kalah. Parti yang menunjangi kuasa kerajaan selama ini ditolak oleh pengundi tegar mereka sendiri. Segala jasa dan pengorbanan yang ditumpahkan selama ini langsung tidak mempunyai nilai yang boleh dikenang oleh para pengundi. Soalnya kenapa dan mengapa?
Maka terjelir jelir lah lidah dan menyembur nyembur lah air liur dikalangan warlord dan para macai meletakkan kesalahan di pundak musuh dan rakan sekutu di dalam BN.
Memang tak kita nafikan PH berjaya dengan janji palsu mereka..! Memang PH berjaya dengan fitnah yang meracuni fikiran rakyat..!
Namun apakah semua yang diperkatakan oleh rakyat ketika itu diambil peduli dan diselesaikan oleh para pemimpin UMNO/BN ketika itu? Sudah berkali kali kita sebutkan bahawa suasana dan penerimaan rakyat terhadap UMNO/BN ketika itu ibarat - sayang bertompok tompok, benci merata rata..! Banyak kali blog ini menyatakannya..! Scroll dan bacalah kalau rajin.
Ketika itu telinga merah kalau kebenaran diutarakan didepan mata, sebarang teguran mestilah yang menyenangkan pemimpin. Sebarang teguran akan mendapat tentangan dari para macai yang berkeliaran dikeliling pemimpin kerana habuan yang bukan sedikit. Dedak bertaburan di mana mana dan setiap masa..!
Rakyat tahu UMNO/BN memang berjasa..! Rakyat tahu dan memahami bahawa UMNO/BN lah yang selama ini berjaya menyempurnakan segala keperluan rakyat. Malah apabila kalah dan di tadbir selama 22 bulan di bawah PH rakyat sudah merasa resah gelisah dan kegusaran akan cara, tindak dan sikap kepimpinan kerajaan ketika itu walaupun diketuai oleh pemimpin yang berpengalaman selama 22 tahun namun apabila bukan UMNO dan BN yang memayunginya maka jelas kerajaan PH tidak berjalan dengan aman, makmur dan mensejahterakan hidup rakyat dan menstabilkan keadaan negara.
Hasilnya setiap PRK yang berjalan UMNO/BN bersama dengan MN telah berjaya menambat hati dan memutik kepercayaan pengundi dengan kemenangan bergaya yang boleh kita bangga. Namun apakah ianya mencukupi? Kesan dari PRN Sabah tak boleh diambil mudah..! Tentunya ada isyarat yang diberikan kenapa dari 41 kerusi yang UMNO/BN tandingi hanya mampu meraih 14 kerusi?
UMNO/BN tak boleh terus bernostalgia..! UMNO/BN perlu segera berani membetulkan kerosakan yang ada. UMNO/BN perlu sedia mengorbankan para pemimpin yang sememangnya telah menyebabkan parti berjasa itu terkorban dalam PRU yang lalu.
UMNO/BN perlu bertekad..! Ramai pemimpin yang terpalit dengan lumpur jenayah, salah laku, tak kurang juga yang menjadi lauk utama fitnah menggejala dan telah pun ditolak oleh rakyat perlu dikeluarkan dari barisan sebagai pemain utama..!
UMNO/BN perlukan pemimpin baru, sama ada tua atau muda umur bukan ukuran utamanya namun perlukan muka baru yang boleh memberikan nafas, roh dan semangat baru bagi mempastikan UMNO/BN terus bangkit sebagaimana kemenangan demi kemenangan yang telah di capai di dalam PRK CH, Semenyih, Rantau, Tg Piai, Kimanis, Chini dan di DUN Slim. Pastinya UMNO/BN tak kurang tokoh yang berhak, layak dan berwibawa.
Soalnya bila kebangkitan ini perlu bermula? Soalnya bagaimana ianya boleh digerakkan secara bersama oleh semua atas nama Agama, Bangsa dan Negara tercinta? Jelasnya UMNO/BN sudah tidak mempunyai banyak masa.
Lantik dan pilihlah pemimpin yang benar benar JANTAN yang berani, bertanggungjawab dan jujur dalam melaksanakan amanah parti.
Pemimpin yang benar benar ada telur yang bijak dalam menelurkan kekuatan dan sokongan rakyat kembali kepada perjuangan parti.
Bukannya macam sekarang ini yang sebahagian besarnya cuma reti melagakan telur sendiri..!
Lu Fikir La Sendiri..!