Update 18 Tahun Automatik Undi Tahun Depan..! >> Berita Malay 18



Bukan perkara main main, di anggarkan akan ada penambahan sebanyak 4 hingga 5 juta pengundi baru atau pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali dalam hidup mereka.

Yang tua macam dalam gambar tu pun masih tak tahu dan tak faham akan pentingnya undi dalam membentuk kerajaan, agak agak pengundi muda nanti apa kah pula cabarannya?

Sebenarnya, apa yang lebih penting parti politik sudah benar benar kah bersedia untuk menyantuni golongan muda ini? Apakah parti politik sekadar melihat pengundi muda adalah sebahagian pengundi yang akan mereka tunggang dengan retorik retorik politik basi yang membelenggu sebahagian besar parti politik hari ini?

Atau persoalan baru ialah pembentukan third wave generation pengundi seperti yang telah kita sebutkan di sini. Pembentukan golongan pengundi baru yang bosan dengan politik kepartian yang dilihat asyik makan memakan demi kelansungan politik peribadi sebahagian pemimpin politik masakini.

Bagi A rosak, bagi B jahanam..! So?

Pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam proses melakukan beberapa persiapan untuk pelaksanaan perkara itu termasuk bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"SPR sedang bekerjasama dengan JPN melalui jawatankuasa Taskforce SPR dan JPN dalam persiapan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dan urusan lain yang berkaitan dan menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai tahun lalu," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) bila kerajaan akan melaksanakan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Menjelas lanjut, beliau berkata SPR juga sedang menyediakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan sistem serta infrastruktur bagi tujuan itu.

"Bagi maksud membantu SPR dalam menyediakan SOP pelaksanaan ini, SPR telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama beberapa jabatan dan agensi kerajaan, parti politik daripada blok pembangkang dan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta parti politik negeri Sarawak dan Sabah," katanya.

Takiyuddin berkata melalui penganjuran sesi itu, SPR telah memberi penerangan mengenai perancangan pelaksanaan pindaan undang-undang yang telah diluluskan serta mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak.

- Bernama

Agak agak ada tak lagi pemimpin yang nak kata kalau takde kuasa bagaimana mereka mahu berkhidmat kepada rakyat? Sedangkan rakyat melihat Ustaz Ebit Liew yang tidak berjawatan pun boleh memberi khidmat jauh lebih baik dari pemimpin malah sesetengah agensi kerajaan yang penuh dengan kerenah birokrasi mereka.

So, apa cerita third wave generation? Mulakan disini.

Berani?

Lu Fikir La Sendiri..!


Subscribe to receive free email updates: