KWSP akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1. - Foto hiasan
KWSP umum perincian syarat pengeluaran Akaun 1
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1 esok.
P erkara itu diberitahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi wawancara khas yang disiarkan TV3 malam ini.
"KWSP akan umumkan esok. Sama ada perluaskan (pencarum yang dibenarkan keluar caruman Akaun 1) biar mereka umumkan.
"Saya sudah minta mereka perhalusi cadangan (pengeluaran Akaun 1) selepas mendengar keluhan dan rintihan rakyat Malaysia selepas kita umumkan dalam Belanjawan 2021dan kita akan berusaha sebaik mungkin," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata, peminjam khususnya golongan B40 yang juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mikro perlu memberitahu bank bagi mendapatkan moratorium bersasar.
Beliau berkata, kerajaan dalam Belanjawan 2021 melanjutkan bantuan moratorium bersasar sama ada untuk menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
"Mereka perlu berhubung dengan bank dan pilih daripada dua kategori itu. Bukan hanya untuk peminjam individu tetapi juga untuk PKS mikro.
"Berdasarkan data, sebanyak 8.1 juta peminjam mempunyai jumlah pinjaman kurang daripada RM150,000," katanya.
Related Posts :
Update Ust.Zamihan,Pulau Pinang bukan negeri taliban... >> Berita Malay 18
Ini tak boleh kata darurat, kata Zamihan
Penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain berkata kejadian masyarakat Cina tumpang berteduh di sebu… Read More...
Update [Video INSIDEN PASAWAT HAWK~Kenapa Tiada Peruntukan Baru Untuk Membeli Pesawat Baru] Adakah ini salah satu transformasi TN50 dan sumbangan terbesar Najib? 'Kepala bapak kau', 'Bodoh', 'Haramjadah', 'Bangang', 'Bangsat'. >> Berita Malay 18Rabu, 8 November 2017
TERIMA KASIH NAJIB KERANA MELAKUKAN SUMBANGAN TERBESAR KEPADA PERADABAN MELAYU
"Kepala bapak kau!!"
"Bodoh!!"
"Ha… Read More...
Update [Video Tak Perlu Ada SPRM Jika Tak Mahu Siasat 1MDB & Dedak 90 Juta: Ambiga Tidak Boleh Dipaksa Dedah] Putera Turki yang punya kaitan dengan 1MDB antara ditahan kerana rasuah. >> Berita Malay 18Rabu, 8 November 2017
Putera Turki yang punya kaitan dengan 1MDB antara ditahan kerana rasuah
Kerajaan Arab Saudi telah menahan 11 or… Read More...
Update [Video Pakatan Dah Tahu Menteri Mana Nak Dipenjarakan Jika Najib UmnoBN Tumbang] Aduuuh, Malu weh! Pas ‘kitar semula’ foto lama bantu mangsa banjir. >> Berita Malay 18Rabu, 8 November 2017
Johari Osman (dalam bulatan) ketika dalam misi bantuan banjir di Johor pada tahun 2006.
Pas ‘kit… Read More...
Update [Video Najib Berjaya Keluarkan PAS Dari PR Hadapi PRU14] BILA LAGI SPRM NAK BERTINDAK? Nama sudah ada, projeknya juga ada, lalu mahu tunggu apa lagi? >> Berita Malay 18Selasa, 7 November 2017
BILA LAGI SPRM NAK BERTINDAK?
Berdasarkan pendedahan Shafie Apdal di Parlimen hari ini, SPRM tidak seharusnya me… Read More...