Update Ustaz Azhar Idrus - Kelebihan Solat Sunat Subuh >> Berita Malay 18


Apa yang kamu banggakan dengan kekayaan kamu miliki berbanding kekayaan mereka yang menunaikan dua rakaat solat sunat sebelum fardhu subuh? Dunia ini tiada nilai, persinggahan sementara untuk kita memperbanyakkan amal soleh.


Hadis Nabi S.A.W Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ 

Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)] 

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا 

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Subscribe to receive free email updates: