Sebuah pesawat ringan dinaiki seorang juruterbang dan dua pelatih merempuh tembok penghadang jalan di jejantas bertingkat dekat Taman Pulai Jaya, Johor Bahru, hari ini, selepas terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, semua mangsa yang berusia 20-an hingga 50-an terselamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.29 pagi.
“Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati tiga mangsa selamat dan sudah dibawa keluar orang awam.
“Mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu itu.
Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).



Related Posts :
Update [Video Tengah Sedap Mengata, Tetiba Tun Mahathir Datang Pulak] APA MASALAH DENGAN SI BAJU HIJAU, KALUT? Apakah jadi PM tanpa jubah tanpa serban itu tidak Islamic? >> Berita Malay 18Jumaat, 23 Mac 2018
APA MASALAH DENGAN SI BAJU HIJAU, KALUT?
Aku malas nak ambik tau pasal nama, jawatan atau siapa yang jadi p… Read More...
Update Kes rasuah KBS: 22 beg tangan mewah jadi bukti >> Berita Malay 18
Beg jenama mewah Christian Louboutin, Salvatore Ferragamo, Fendi Roma, Gucci, Chanel, Louis Vuitton, Prada Milano dan Christian Dior, dik… Read More...
Update Penemuan Mayat Lelaki Dalam Longkang Akhirnya Terjawab >> Berita Malay 18
Semalam tular di laman facebook mengenai penemuan mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah longkang bersama motosikalnya di Taman Daya berde… Read More...
Update Penemuan Mayat Lelaki Dalam Longkang Akhirnya Terjawab >> Berita Malay 18
Semalam tular di laman facebook mengenai penemuan mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah longkang bersama motosikalnya di Taman Daya berde… Read More...
Update 1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat >> Berita Malay 18
Klip video yang memaparkan reaksi penganalisis politik Kamarul Zaman Yussof sebelum dan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan… Read More...