Update Pesawat ringan terhempas atas jambatan di Kulai, Johor >> Berita Malay 18

Sebuah kapal pesawat ringan milik persendirian terhempas di atas jambatan susur ke Bandar Baru Pulai Jaya, Kulai pagi Ahad. -Astro AWANI
KULAI: Sebuah kapal pesawat ringan milik persendirian terhempas di atas jambatan susur ke Bandar Baru Pulai Jaya, Kulai pagi Ahad.

Kejadian yang dipercayai berlaku jam kira-kira jam 10.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Sebuah kapal pesawat ringan milik persendirian terhempas di atas jambatan susur ke Bandar Baru Pulai Jaya, Kulai pagi Ahad.
Sebuah kapal pesawat ringan milik persendirian terhempas di atas jambatan susur ke Bandar Baru Pulai Jaya, Kulai pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Khairi Zainuddin berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan pesawat ringan model PA 28 (9M-DRC) terhempas jam 10.30 dan setiba di tempat kejadian kesemua mangsa telah tiada.


Katanya dimaklumkan ketiga mangsa termasuk pemilik pesawat tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke DCA Senai.

Ketika dihubungi Khairi berkata ketika kejadian tiada kebakaran berlaku.

Bagaimanapun anggota bomba mengawasi lokasi kejadian kerana terdapat tumpahan minyak yang berisiko menyebabkan kebakaran.

Subscribe to receive free email updates: