Pakar ekonomi berkata walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi.
Dua pakar ekonomi memberi amaran penggabungan yang bakal berlaku antara RHB Bank Berhad dan AMMB Holdings Berhad atau AmBank akan menyaksikan beribu-ribu kakitangan hilang pekerjaan.
Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng berkata pemberhentian kerja di bawah iklim ekonomi semasa akan menimbulkan masalah kepada mereka yang diberhentikan kerja.
“Walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi. Akan ada cabaran pekerjaan,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Yeah dan Prof Hoo Kee Ping yang juga pengarang beberapa buku ekonomi berkata kebanyakan pekerja yang terjejas boleh dilatih dan ditugaskan untuk bekerja di bahagian jualan dan operasi perbankan atas talian.
Hoo berkata juruwang dan pengendali kaunter lain terdiri daripada pekerja bank.
“Tetapi terdapat keperluan tenaga jualan dalam bank. Kebanyakan bank sekarang melatih juruwang mereka untuk melakukan jualan,” katanya.
Beliau menggesa kedua-dua bank berkenaan melatih pekerja mereka yang terjejas melakukan tugas jualan atau menawarkan mereka skim pengasingan sukarela yang akan memberikan peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran baru.
Beliau juga berkata pekerja boleh dilatih untuk bekerja dalam sektor pertumbuhan baru yang mempunyai potensi yang kuat seperti teknologi kewangan (FinTech), perbankan atas talian, pengurusan kekayaan dan pelaburan insurans perbankan.
Khamis lalu, RHB dan AmBank mengumumkan Bank Negara Malaysia meluluskan hasrat mereka untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan.
Sumber dipetik Reuters berkata RHB akan menjadi pemeroleh dalam penggabungan berpotensi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM38.59 bilion).
Reuters menambah kedua-dua bank tersebut mempunyai sejumlah 25,000 pekerja apabila bergabung.
Hoo berkata bank berkenaan sudah menutup beberapa cawangan perbankan atas talian dan menumpukan kepada sumber ke atas FinTech.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Keputusan setakat ini PH 5, BN 3 & Pas kekal 0! Tiada PRK untuk tempoh terdekat..kecuali mahkamah putuskan kes MP Pekan, Baling, Putrajaya, Bagan Datok, Kinabatangan! NEXT, Semberong, Marang dan yg lain bakal menyusul..A bunch of BN’s LIARS! [Video jangan bangkit cerita lama 13 Mei, tapi jadi pengajaran] >> Berita Malay 18Isnin, 13 Mei 2019
Selepas ni, tiada PRK untuk tempoh terdekat.. kecuali mahkamah putuskan kes melibatkan MP Pekan, Baling, Putrajaya, Bag… Read More...
Update Hadi nafi beri restu pada menantu >> Berita Malay 18Hadi nafi beri restu pada menantu: Takiyuddin pula berkata ada kemungkinan menantu presiden PAS tersebut akan dikenakan tindakan disiplin se… Read More...
Update Rasuah projek kereta perisai pulak? Hu hu huu! Patriot gesa siasatan terhadap Hisham bekas Menteri Pertahanan dilakukan secepat mungkin [Video Serahkan pada polis, SPRM kes membabitkan Hishammuddin] >> Berita Malay 18Isnin, 13 Mei 2019
KiniTV
Tindakan bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein yang mencabarmenteri Pertahanan Mohmad Sabu dan Timbalanny… Read More...
Update Skandal 'Land Swap' Kenapa Hisham sepupu Najib melenting? Salah guna kuasa: SPRM reman bekas Penolong Eksekutif Felcra [Video TH catat keuntungan bersih RM440 juta suku pertama 2019] >> Berita Malay 18Isnin, 13 Mei 2019
KiniTV
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mencatatkan prestasi yang mampan dengan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada… Read More...
Update Indahnya Malaysia! Rumah penganut Kristian diguna untuk terawih semasa Ramadan! Pas KOYAK Rasuah RM90 juta, Kartel Dedak PAS? Rafizi nak hadiahkan duit saman NFC untuk biasiswa pelajar [Video Mana itu Malaysia? Orang asing cuba teka Malaysia ada dekat mana & Navy Mat Saleh nyanyi Assalamualaikum Ustazah] >> Berita Malay 18Isnin, 13 Mei 2019
Rumah penganut Kristian diguna untuk terawih semasa Ramadan. Inilah keistimewaan & keindahan Malaysia.
Tony Ham… Read More...