Update Ayat-ayat tahyul Nik Abduh >> Berita Malay 18

 
Saya bersetuju dengan pandangan umum Nik Abduh Nik Aziz yang disiarkan di Malaysiakini semalam, bahawa dalam lunas demokrasi, parti DAP dan PAS bebas bersaing bagi memandu negara kepada yang terbaik.


Beliau turut menyatakan bahawa semua warga negara adalah sama dan setaraf. Siapa pun akan mula dianggap sebagai musuh negara hanya apabila mereka menentang perlembagaan negara.
Saya juga bersetuju dengan pandangan ini.
Namun yang membezakan niat politik PAS dengan DAP ialah kehendak PAS untuk mengubah atau meminda perlembagaan persekutuan. Malah menurut Nik Abduh:
“Untuk mengubah perlembagaan negara, rakyat perlu melalui dua perkara utama. Pertama, majoriti terbesar di Dewan Rakyat iaitu dua pertiga. Yang kedua, mereka perlu melakukannya dengan cara yang dibenarkan. Jika tidak, segala usaha adalah salah dan tidak berperlembagaan.”
Jelas, bahawa Nik Abduh mahu usaha untuk meminda (ubah) perlembagaan harus mengikut cara yang dibenarkan oleh undang-undang. Maka, DAP sebagai parti yang juga menghormati undang-undang, tidak boleh menyatakan sebaliknya.
Keadilan
Hujah Nik Abduh lagi:
“DAP dengan dominasi non-Muslim sudah pasti mahu memastikan negara kekal sebagai sebuah negara sekular, bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa.”
“ Mereka secara langsung menolak wujudnya sebuah negara Islam yang terlaksana dalamnya nilai-nilai dan hukum-hukum Islam.”
Bagi saya hujah ini secara halus cuba untuk mengolah pandangan buruk rakyat terhadap perjuangan suci DAP.
Pertama Nik Abduh mengatakan “...bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa”.
Susunan ayat ini sangat molek. Tetapi ia menyimpang sebenarnya.
DAP adalah sebuah parti yang menuntut keadilan dalam konteks undang-undang dan dasar sosial terhadap perkara yang menyentuh sensitiviti kaum, budaya atau agama.
Perkataan “keadilan” ini ditiadakan oleh Nik Abduh dan diganti dengan “menuntut kebebasan dan persamaan agama”.
Bagi mereka yang mahir permainan bahasa, perkataan kebebasan dan persamaan cukup tajam kesannya kepada orang Melayu.
Inilah penyimpangan Nik Abduh yang bertujuan membawa kepada salah faham dan persepsi negatif rakyat khususnya orang Melayu dan Islam kepada DAP.
Apakah salah seseorang atau parti politik menuntut keadilan? Keadilan bagi semua kaum, agama dan budaya, salah dan berdosakah?
Nik Abduh mengatakan DAP menuntut 'persamaan agama’ ini sama sekali tahyul, kerana DAP bukan parti berasaskan mana-mana agama atau kaum.
Buat apa DAP menuntut sesuatu yang berasaskan kaum dan agama, yang bukan/tidak menjadi dasar dan matlamat partinya? Tak masuk akal.
DAP mahu keadilan. Keadilan adalah prinsip asas kehidupan manusia. Bukankah Islam datang untuk menegakkan keadilan?
Apa guna kebebasan jika tidak ada keadilan, apa guna persamaan jika tidak ada keadilan. Masalah ekonomi dan kemiskinan juga berpunca dari prinsip keadilan.
Nik Abduh pasti lebih alim jika mahu titipkan surah berkaitan dengan keadilan yang dibawa dan dituntut oleh Islam dan al-Quran. Kenapa tak tulis? Kenapa tak berlaku adil dalam memberi hujahnya?
Akal dan wahyu
Pandangan kedua Nik Abduh juga sama, beliau cuba mengolah kepada sesuatu yang bukan perkara sebenarnya, tahyul.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: