Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamed seharusnya tidak berdiam diri dan tampil untuk menafikan dakwaan bahawa beliau pernah membayar USD5 juta kepada Yayasan Clinton supaya Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat membuat pengumuman dan kenyataan berkenaan Saman Sivil 1MDB. Portal Malaysia Today, baca di sini, membuat dakwaan tegas kepada Tun Dr Mahathir seperti berikut:
Daim, who serves as Mahathir’s right hand man, was instructed by the former premier to funnel USD5 million through channels that ended with the Clinton Foundation, a fifth of which wended its way to the coffers of persons linked to Lynch.
Jika dakwaan ini benar Tun Dr Mahathir telah membuat satu pengkianatan dan jenayah berat kepada negara semata-mata bertujuan untuk memenuhi nafsu serakah agenda politiknya. Tun Dr Mahathir telah menggunakan kuasa asing untuk menjatuhkan kepimpinan negara melalui fitnah dan cerita dongeng yang direka cipta berkaitan 1MDB.
Kedua, jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang jutawan hasil yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, jumlah USD5 juta itu mungkin adalah jumlah yang kecil. Namun persoalannya, mengapa Tun Dr Mahathir tidak menggunakan USD 5 juta berkenaan, satu jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan?
Rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk Rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya.