Brasillia – Sekurang-kurangnya enam pengunjung sebuah resort terkemuka di Brazil cedera akibat diserang sekumpulan ikan pemakan daging iaitu piranha bulan ini.
Jumlah itu menambah bilangan mangsa kepada kira-kira 40 orang sejak awal tahun ini.
Susulan itu aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa termpatan supaya amaran dikeluarkan untuk memastikan pengunjung di pusat peranginan itu selamat.
Minggu lalu, seorang wanita digigit ikan itu ketika berenang di Praia de Cristo menyebabkan tumit kakinya cedera.
Wanita berusia 22 tahun itu dikejarkan ke hospital selepa trauma melihat kakinya yang berdarah.
Berdasarkan kajian, ikan piranha boleh mengesan darah pada jarak maksimum kira-kira tiga kilometer.
Resort di muara sungai Tocantins telah meletakkan set skrin di kawasan dengan kedalaman tinggi sebagai amaran kepada pengunjung di situ.
Bagaimanapun menurut penduduk setempat, ikan yang memiliki rahang yang kukuh itu telah memakannya.
Sementara itu, pencinta alam sekitar mendakwa tindakan memusnahkan sebahagian besar kawasan semula jadi di sepanjang sungai itu menyebabkan hidupan laut itu bertindak ganas.
Selain itu, kitaran makanan yang tidak seimbang kerana penangkapan ikan melibatkan spesis lain menyebabkan ia kekurangan makanan.
Related Posts :
Update [Video Syed Saddiq: Saya kecewa] 36 Pencapaian Kerajaan Baharu dalam tempoh 7 bulan & Tiba masanya kita tahu hakikat tentang Tabung Haji! >> Berita Malay 18Selasa, 19 Februari 2019
Pakatan Harapan Supporters
Walaupun ia tidaklah seperti yang dirancangkan kerana masalah kekangan kewangan negara… Read More...
Update Dedak #PRKDUNSemenyeh Sudah Turun >> Berita Malay 18
Menyedari kekalahan semakin menghampiri di DUN Semenyih, Kerajaan PH hari ini meluluskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) atau produk l… Read More...
Update Penguatkuasa Bakal KENA: Mengintai, menghendap bakal jadi kesalahan jenayah - V.K Liew >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Perbuatan mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang undang-undang (RUU) mengenainy… Read More...
Update [Video CALON PH NAFI! Kain Rentang dan Risalah Provokasi di Semenyih] Politik hilang akai, politik animisme...Mereka juga macam kera duku atas pokok yang ditiup angin. >> Berita Malay 18Selasa, 19 Februari 2019
SEMENYIH - Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, 30, menafikan edaran risalah berunsur provokasi mel… Read More...
Update Stuckie, mumia anjing yang telah terperangkap di dalam pohon selama lebih dari 50 tahun >> Berita Malay 18
… Read More...