Update Dari Banggol Peradong ke Tok Jembal, terakam kisah perjuangan >> Berita Malay 18


Khairudin naik kereta bersama Razif ketika pra pembukaan jambatan baru. Satu fenomena baru dalam konteks politik Terengganu antara PAS dan Umno.
Bermula dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang, kini hubungan antara pemimpin Pas dan Umno semakin intim dari hari ke hari di Terengganu, negeri yang sebelum ini merekodkan tragedi sembahyang dua imam antara Umno dan Pas.
Pada 28 Mei lalu, Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru, Datuk Husein Awang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan berbuka puasa bersama di Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus.
Turut serta adalah Timbalan Pesuruhjaya, Dr Alias Razak dan Datuk Dr Khairudin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat.
Zahid berpelukan dengan Khairudin di Masjid Tok Jembal.Di majlis ini, Zahid kelihatan berpelukan dengan Khairudin tanda kemesraan antara kedua-duanya.
Keesokan harinya, pada 29 Mei, sekali lagi Khairudin menampakkan kemesraan antara Pas dan Umno.
Beliau menyertai Menteri Besar Datuk Ahmad Razif melancarkan jambatan baru dan kemudiannya kelihatan kedua-duanya menaiki kereta bersama.
Kesemua perubahan ini berlaku seolah-olah satu pusingan 180 darjah hubungan antara Umno dan Pas di Terengganu.
Perkembangan ini dilihat membuka lembaran baharu kepada politik Terengganu khususnya ke arah kerjasama Pas-Umno menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas Pas tidak mahu bersama-sama Pakatan Harapan.
Umno pula dilihat senang dengan perkembangan ini dan menyambut baik jika Pas ingin bekerjasama dengan parti itu.
Pada 7 April 1981, Abdul Hadi memberikan ucapan penting di Banggol Peradong, Kuala Nerus dan seterusnya dijadikan Amanat Haji Hadi oleh penyokongnya.
Teks amanat itu adalah:
Amanat Haji Hadi 1981."Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
"Percayalah saudara-saudara sekalian.
"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan "politik suku, agama suku?."
Kalau dahulu mereka bersengketa kini kedua-duanya mesra. Namun begitu, penyokong akar umbi Pas tetap mempertahankan bahawa mereka berlawan dengan Umno.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :