Lebih 10 pegawai SPRM tiba di Menara Felda berhampiran KLCC, kira-kira 10 pagi ini.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil dokumen dari Menara Felda berhubung siasatan membabitkan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Lebih 10 pegawai SPRM tiba di Menara Felda berhampiran KLCC, kira-kira 10 pagi tadi.
Semalam, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan membawa beberapa dokumen syarikat itu, selepas diopanggil badan anti-rasuah berkenaan.
“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.
“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” kata Zakaria semalam.

Kelmarin, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar turut diarahkan bercuti.
Related Posts :
Update Tiga penjuru, parti mana untung, parti mana rugi? >> Berita Malay 18Terdapat pelbagai andaian mengenai parti mana yang akan 'rugi dan untung' sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14 nanti.
Bag… Read More...
Update Setelah 8 tahun dibuang Utusan >> Berita Malay 18
Oleh Amran Ahmad Nor
Bulan ini, lapan tahun yang lalu atau 2009, saya dibuang kerja sebagai wartawan akhbar Utusan Malaysia y… Read More...
Update Hadi hidup pada zaman lampau, politik PAS masih kabur >> Berita Malay 18SAYA tekun membaca tulisan terbaharu Abdul Hadi Awang, presiden PAS yang bertajuk “PAS bersama Islam dan Kontrak Sosial”, sebaik menemui tul… Read More...
Update @RafiziRamli Tegaskan Lawatan DS @NajibRazak Ke US Tidak Rasmi, Yang Rasmi Hanya Kelentong Beliau >> Berita Malay 18
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, sekali lagi cuba untuk mencuri perhatian umum apabila membuat dakwaan bahawa lawatan Pe… Read More...
Update MALAYSIA TIDAK “DIJAJAH” KOMUNIS CHINA SEMBANG LIOW >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan yang mendakwa Malaysia terlalu bergantung … Read More...