Henan - Tindakan orang ramai yang tidak menghiraukan malah tidak membantu seorang wanita yang terbaring tidak sedarkan diri selepas dilanggar kereta dikecam selepas video kemalangan tersebut tular di China.
Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku di Zhumadian, wilayah Henan dan dimuat naik di media sosial pada Rabu.
Dalam rakaman tersebut, seorang wanita dilanggar oleh sebuah teksi ketika dia sedang melintas jalan menyebabkan dia jatuh dan tidak sedarkan diri.
Walaupun terdapat kira-kira 30 pejalan kaki, penunggang motosikal dan pemandu berada di lokasi kejadian, namun tiada siapa yang membantu mangsa, malah ada pemandu hanya memperlahankan kenderaan untuk melihat mangsa.
Wanita itu akhirnya dibantu oleh seorang pemandu pacuan empat roda yang memberhentikan keretanya.
Mangsa bagaimapaun meningga dunia akibat kecederaan yang dialaminya.
Sementara itu, polis memberitahu laman web berita Cover News, pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu sedang disiasat manakala wanita yang identitinya tidak dinyatakan dalam laporan meninggal dunia akibat kecederaan.
Video itu menimbulkan kecaman netizen yang rata-ratanya mempertikaikan sikap masyarakat China yang tidak berperikemanusian untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.
"Begitu ramai orang yang berada di lokasi kejadian, namun tiada siapa pun ambil peduli," tulis netizen dipetik South China Morning Post.
Related Posts :
Update Tok Mat Bina Projek Perumahan Rakyat, MB Amin Sekadar Tebal Muka Ambil Kredit >> Berita Malay 18
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Rantau dibangunkan di atas tapak seluar 15 ekar dengan kos sebanyak RM15.9 juta. Projek ini terdiri darip… Read More...
Update [Video Umno batal langkah saman bekas wakil rakyat?] MP Pendang dari Pas terkesipuan sendiri! BERBOHONG & SALAM AKAL SEHAT. >> Berita Malay 18Isnin, 18 Mac 2019
Umno dilaporkan tidak akan meneruskan saman terhadap bekas wakil rakyatnya yang keluar parti susulan kekalahannya dalam … Read More...
Update Undi tak percaya: Kenapa Anwar melatah, soal Mohd Amar. Pulak dah >> Berita Malay 18Undi tak percaya: Kenapa Anwar melatah, soal Mohd Amar: 'Saya pun hairan orang lain semua tak respons tetapi hanya Anwar yang beriya-iya,' k… Read More...
Update [Najib nafi tidur, cuma 'pejam mata' dalam mahkamah? Terlelap aje!] Pagi tadi Najib tido dalam Mahkamah Rayuan! Kesian Najib, semalaman guaranteee takleh tido nyenyak, sbb nerbes eh..? Najib guna pelbagai taktik cuba TANGGUH PERBICARAAN, kata AG! Sembang depan macai, kencang hanya dia lah hebat. >> Berita Malay 18Isnin, 19 Mac 2019
Bukan tidur - itu kata yang ditegaskan Najib Razak apabila ditanya berhubung insiden beliau kelihatan terlelap semasa di… Read More...
Update [Video Persidangan Dewan Rakyat 18 Mac 2019 Sesi Petang] Hudud Tidak Akan Masuk Manifesto Pilihanraya Pas-UMNO & Tak habis2 lagi PAS dok main kan ucapan Lim Guan Eng pasal 'Perang'? >> Berita Malay 18Isnin, 18 Mac 2019
GREEN BEAN ARMY
JADI APA ALASAN PAS KELANTAN DAN PAS
TERENGGANU TIDAK MAHU LAKSANA HUDUD?
Hudud Tidak Akan Masuk Manife… Read More...