Update Dr M cabar peguam negara buktikan duit 1MDB masih ada dan selamat >> Berita Malay 18

Ini kerana beberapa negara luar sedang giat melakukan tangkapan, menutup bank dan mengisytiharkan ada pengubahan wang haram berlaku melibatkan wang 1MDB.
mahthir_apandi-ali_600_09
 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuktikan duit pelaburan negara dalam 1MDB masih ada dan selamat.
Ini kerana beberapa negara luar sedang giat melakukan tangkapan, menutup bank dan mengisytiharkan ada pengubahan wang haram berlaku melibatkan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Adalah tidak masuk akal jika kerajaan menegaskan tidak ada yang salah atau tidak kena dengan 1MDB…,” kata Dr Mahathir. “Jika benar, tidak ada sebarang salah laku maka peguam negara mesti menunjukkan bukti bahawa wang itu masih ada dan adalah selamat.”
Pengerusi PPBM itu membuat cabaran itu di blognya hari ini, selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan penalti ke atas United Overseas Bank (UOB) dan Credit Suisse berhubung transaksi berkaitan 1MDB 30 Mei lalu.
Katanya, Singapura sebelum ini turut menutup 2 bank, menangkap, mendenda dan memenjarakan 7 orang, berhubung skandal itu.
Dr Mahathir turut menyorot perhatian kepada tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengenal pasti dan membekukan AS$1 bilion yang dipercayai daripada dana yang diselewengkan dari 1MDB.
Malah, katanya, Peguam Negara Switzerland juga menyiasat perbuatan haram melibatkan wang 1MDB.
“Laporan media seluruh dunia jelas mengatakan ada kecurian berskala besar dilakukan oleh perdana menteri, yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ dalam laporan DoJ,” katanya.
“Jika laporan itu berunsur fitnah dan tidak benar maka sepatutnya mereka sudah disaman perdana menteri. Tetapi tiada saman dibuat di mana-mana kawasan bidang kuasa.”
Pada 26 Januari 2016, Apandi membersihkan Perdana Menteri Najib Razak dari sebarang kesalahan berkaitan dengan dakwaan sumbangan RM2.6 bilion dan RM42 juta dari anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: