Mereka telah pun berhutang ketika menjalankan penerokaan dan membayarnya semula bila hasil titik peluh mereka mengeluarkan hasel yang lumayan.
Visi Tun Razak hanyalah sekadarkan untuk membolehkan orang Melayu miskin di kampung-kampung yang tidak bertanah atau bidang tanah yang tidak ekonomik untk memiliki tanah,rumah,kebun dan ladang getah sendiri dalam keadan tersusun.
Perancangan dan pengurusan yang bijak telah menjadikan FELDA jambatan kejayaan penebusan rakyat miskin yang paling berjaya di dunia.
Bagaimanapun peneroka yang berjaya tidaklah pandai menguruskan kehidupan lumayan dengan sewajarnya. Ramai yang lebih bijak menguruskan penambahan isteri ,berseronok suka di bandar dan tidak mendisplinkan anak mereka yang berada dalam keadaan mewah.
Tidak juga dapat dinapikan ibubapa yang terbentuk dengan displin diri telah menjayakan kehidupan anak mereka sehingga mendapat pelajaran tinggi dan menjadi orang profesional yang hebat.
Diantara mereka ialah Datuk Zakaria Arshad CEO FGV yang berasal dari anak peneroka yang sekarang berada di tengah-tengah kemlut pergeseran dengan Tan Sri Mohd Isa Samad seorang veteran UMNO berhubung dengan pengurusan saham FGV.
FELDA adalah pemegang saham terbesar FGV(Felda Global Ventures Holding Berhad) tetapi tidak dibenarkan untuk diwakili dalam FGV walaupun Penegerusinya Tan Sri Sharir Samad menuntutnya dengan sokongan dari Datuk Zakaria. Ini adalah rahsia politik.
FGV adalah visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu menyalurkan kehidupan ekonomi moden kepada peneroka dengan melibatkan mereka dengan permainan saham supaya menjadi lebih kaya.
Sebenarnya peneroka-peneroka sudah pun cukup selesa dengan keadaan hidup sederhana walaupun tidak menjadi jutawan,berkereta mewah,berbarang berjenama besar, berbeg tangan berharga RM10,000 atau RM30,000 dan berjet melancong keluar negara.
Disebalik visi hebat ini, peneroka-peneroka FELDA kembali terhutang, meminjam membeli saham FGV dan bertambah hutang setiap kali saham jatuh.Masa depan mereka mereka tidak lagi stabil sedangkan FGV sudah pasti menjutawankan beberapa orang politik dan profesional .
Kebanyakan orang Melayu pada hakikatnya selesa dengan kehidupan sederhana,Islamic dalam penilaian tanpa didoktrinasikan tetapi kesesatan politik dan penanaman nilai baru berasaskan peniruan hidup metrialistic telah turut menyesatkan mereka secara paksa atau sukarela.
Masalah besar yang sebenarnya dihadapi di setiap rancangan FELDA di seluruh negara bukanlah kehidupan tanpa jenama tetapi berjenama dadahyang membunuh generasi baru FELDA . Setandan pisang pun tidak selamat lagi,durian dan rambutan,nangka hilang dari pokok menyebabkan hilang keghairahan untuk bertanam cucuk di kalangan veteran FELDA
Read More / Baca Lagi >>