Hanya 'bahasa undi' sahaja yang mampu menurunkan Datuk Seri Najib Razak dan BN dari kerusi kuasa seterusnya menamatkan era kerajaan kleptokrasi di negara ini, kata timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Usaha ini, katanya perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara dan rakyat dan masa depan generasi akan datang.

"Kita merasa begitu bangga menyaksikan beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Jepun, Korea Selatan dan Singapura mempamerkan akhlak integriti urustadbir negara mereka yang mampu menjadi contoh kepada sekalian warga dunia," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Salahuddin merujuk tindakan tegas kerajaan Singapura berkaitan isu 1MDB yang sekali lagi memberi keaiban besar kepada negara dan rakyat Malaysia.
Menurutnya, Pengarah Urusan Berkuasa Kewangan Republik Singapura Ravi Menom mendedahkan terdapat 8 bank di republik itu yang telah terlibat dengan skandal 1MDB dan didenda hampir SD30 juta.
Namun penglibatan Najib dalam skandal mega 1MDB, ujar beliau telah berlarutan hampir 5 tahun dan mengakibatkan berlakunya malapetaka politik dan ekonomi yang sangat memalukan.
"Ianya merobek maruah negara di mata rakyat tempatan sekaligus masyarakat antarabangsa," kesal beliau.
Menurut Salahuddin, adalah sangat membimbangkan apabila fenomena amalan dan budaya rasuah yang berlaku di negara ini berinspirasikan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
"Tidak mustahil kepada penagih rasuah di negara ini akan dan telah menjadikan Najib sebagai ikon mereka," katanya.
Related Posts :
Update SAYA DATANG BALIK KAMPUNG, DIA DATANG ADA SEBAB LAIN : CALON BN RAMLI MOHD NOR >> Berita Malay 18
… Read More...
Update SAYA DATANG BALIK KAMPUNG, DIA DATANG ADA SEBAB LAIN : CALON BN RAMLI MOHD NOR >> Berita Malay 18
… Read More...
Update DATANG ADA `SEBAB', MUNCUL HANYA MUSIM PILIHANRAYA ITU BUKA KEIKHLASAN, KEJUJURAN – RAMLI >> Berita Malay 18
Jelas terpancar wajah penuh kejujuran dan keikhlasan yang bersedia memberikan khidmat terbaik kepada rakyat apabila bertemu dengan calo… Read More...
Update PRK CAMERON HIGHLANDS: TOLAK DAP, TAK PERNAH PEKA, BUTA HAL EHWAL PEMBANGUNAN ORANG ASLI >> Berita Malay 18
Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob membidas pemimpin Dap Lim Kit Siang yang sebelum ini membuat satu kenyataan ringkas… Read More...
Update PRK CAMERON HIGHLANDS: TOLAK DAP, TAK PERNAH PEKA, BUTA HAL EHWAL PEMBANGUNAN ORANG ASLI >> Berita Malay 18
Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob membidas pemimpin Dap Lim Kit Siang yang sebelum ini membuat satu kenyataan ringkas… Read More...