Update Pemimpin Pakatan kunjung bazar Ramadan seluruh negara dengan misi harmoni >> Berita Malay 18

Ia usaha membawa mesej keamanan dalam melawan sikap ekstremisme kaum dan agama.
lim-kit-siang-bazaarDalam usaha mempromosikan keharmonian agama dan kaum, pemimpin Pakatan Harapan sedang mengadakan kunjungan ke bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.
Salah satu kunjungan itu dilakukan oleh pemimpin veteran DAP dan wakil rakyat Gelang Patah, Lim Kit Siang semalam, yang melawat sebuah Pasar Ramadan di Johor Bahru.
“Kunjungan saya ke bazar Ramadan sejak permulaan Ramadan menguatkan keyakinan saya bahawa rakyat Malaysia di luar sana tidak kira latar belakang kaum, agama dan politik menghargai dan mahu akan keamanan, tolak ansur, persefahaman dan sifat saling menghormati,” katanya.
Kenyataan itu di sebalik beberapa kenyataan provokatif melibatkan bukan Islam dan DAP, termasuk seruan beberapa peserta protes di Pulau Pinang pada Jumaat lepas untuk menghalang Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada turut serta dalam majlis berbuka puasa.
Ia menyusul selepas dakwaan seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia yang DAP menyebar agenda Kristian.
Minggu ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulakan siasatan ke atas sebuah masjid di Subang, selepas beberapa NGO pro-Umno membidas kehadiran Ahli Parlimen PKR, Sivarasa Rasiah untuk program penyerahan sumbangan dan buka puasa.
lim-kit-siang-bazaar2Lim berkata usaha pemimpin PKR, Amanah, PPBM dan DAP berkunjung ke bazar Ramadan adalah cara terbaik melawan “perancangan jahat oleh elemen tidak bertanggungjawab” yang mahu Malaysia berpecah belah atas dasar kaum dan agama.
“Malaysia mampu menjadi negara kelas dunia sekiranya kita menggunakan nilai terbaik daripada kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya di Malaysia.
“Tetapi Malaysia akan gagal sekiranya kita benarkan suara pelampau dan tidak toleran bermaharajalela dalam kehidupan kita,” kata Lim.

Subscribe to receive free email updates: