Update 'Hukum Hudud Di Saudi Hanya Untuk Orang Miskin' >> Berita Malay 18

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Pegawai Operasi Malay Malay, Endie Shazlie Akbar mendakwa kerajaan Arab Saudi mengamalkan ‘double standard’ dalam melaksanakan hukum hudud.

Endie melalui laman Twitternya berkata perlaksanaan hukuman hudud hanya terpakai untuk rakyat miskin di negara tersebut manakala golongan jutawan akan terlepas walaupun melakukan kesalahan yang jelas bertentangan dengan hukum Islam.

“Yay! Ustaz di Saudi telah mengesahkan aksi ‘cemolot’ di tempat awam antara pasangan belum kahwin adalah okay! Hukuman hanya jika mereka kantoi henjut!

“Haha hukum hudud in Saudi (and other places) cuma terpakai kat rakyat miskin je. Kalau jutawan atau kerabat raja, it’s okay. ‘Hanging out’ je!,” katanya sebentar tadi.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada kepada fatwa yang dikeluarkan ulama Arab Saudi, Sheikh Assim Al-Hakim berhubung aksi cium anak jutawan, Hassan Jameel bersama penyanyi pop terkenal dunia, Rihanna.

Assim ketika menjawab persoalan berhubung isu tersebut berkata aksi pasangan itu tidak termaktud di dalam hukuman hudud sebaliknya ia perlu putuskan di mahkamah.

“Di dalam Islam ia (aksi tersebut) adalah meluangkan masa! (Maksud) hubungan seksual di dalam bahasa Arab ialah zina, bila mana lelaki tersebut membawa wanita tersebut ke ‘fourth base’ (hubungan kelamin)! Third base (aksi seksual mengunakan mulut) tidak dianggap sebagai zina.

“(Hukuman) sebat 100 rotan untuk pasangan yang belum berkahwin dan (hukuman) rejam untuk yang telah berkahwin! Sesungguhnya aksi (pasangan) tersebut adalah tidak bermoral dan wajar dihukum namun hukuman tersebut perlu diputuskan oleh seorang hakim yang beragama Islam,” katanya memetik kenyataan di status berkenaan.

Sheikh Assim bagaimanapun mendakwa kenyataan tersebut telah diambil di luar konteks.

Tidak berpuas hati dengan fatwa tersebut, Endie terus mempersendakan kenyataan Sheikh Assim itu.

“Sampai ke tua aku akan ingat ustaz saudi tu tweet: “In Islam, this is hanging out!” Hahaha best best. Weekend ni aku pun nak ‘hanging out’,” katanya lagi.

Minggu lalu akhbar The Sun yang berpengkalan di United Kingdom mendedahkan beberapa keping gambar yang memaparkan aksi Hassan berpelukan dan bercium dengan Rihanna di sebuah kolam renang ketika pasangan itu sedang bercuti si Spain

Hassan yang bekerja di salah sebuh syarikat milik keluarganya dan merupakan pewaris kepada harta yang bernilai 1.5 billion Dollar.

Selain memiliki pasukan bola sepak, keluarga Hassan juga merupakan pengedar kereta terbesar jenama Toyota di Arab Saudi. – MassaTV

Subscribe to receive free email updates: