Dan seterusnya, Rasulullah SAW bersabda lagi, "Sekiranya masih gagal, maka gunakan hati." Maksudnya, umat Muslim harus doa kepada Allah SWT untuk memberikan hidayah kepada seseorang yang sudah sesat di pangkal jalan.
Hadis ini penting sekali, kerana ia memberi cara-cara yang berlainan untuk membuka hati seseorang. Dan yang lebih penting lagi, ia menunjukkan cara yang pernuh dengan hikmah. Tidak sekali-kali, Rasulullah SAW mengajak umat Muslim untuk berperang atau pun berperang lidah.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cukup serasi dengan cara ini. Ia mengikut hukum dan shariah Islam. Ia juga mengikut lunas-lunas cara kehidupan Malaysia, terutamanya di negara yang majmuk dan prinsip demokrasi yang diguna pakai di Malaysia.
Nasihat buat PM
Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muyiddin Yassin, dan juga Dato Seri Mukriz Mahathir telah menggunakan cara tersebut untuk menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tetapi, yang sedihnya, Najib telah mementingkan kepentingannya sendiri, tanpa mengendahkan kepentingan negara.
Tidak kira 1MDB, Felda, ataupun Umno, ketiga tiga bekas atau rangka politik Melayu, umat Muslim dan Malaysia telah dihancurkan. Dari segi kewangan, nama baik orang Melayu, sebagai satu kaum yang bijak dan progresif, telah dikucar kacirkan di sektor kewangan antarabangsa.
Sekiranya Moody's, Standards and Poors and Fitch Ratings, tiga agensi kredit antarabangsa mengetahui bahawa syarikat Malaysia akan meminjam dari institusi kewangan antarabangsa, risiko peminjaman akan dipertingkatkan. Ini bermakna bahawa kos peminjaman akan menjadi lebih tinggi.
Memandangkan Bandar Malaysia kini memerlukan lebih daripada RM50 billion untuk membina tapak pembinaan itu, kos pembinaan akan mencecah lebih daripada jumlah ini. Kerana risikonya sudah naik mendadak, sebaik sahaja institusi kewangan menyedari bahawa si peminjam itu adalah Najib yang juga adalah menteri kewangan dan perdana menteri.
Kuasa di tangan rakyat
Tapi, keadaan yang keruh dan menyedihkan ini, tidak harus melarang rakyat Malaysia dari melakukan apa yang terbaik bagi negara kita. Kuasa masih di tangan rakyat. Sekiranya Pakatan Harapan boleh menumbangkan kerajaan Najib, segala gejala rasuah yang sudah meleluasa di Malaysia boleh ditangani.
Ingat suatu masa yang dahulu, gejala rasuah adalah hanyalah fakta dalam kehidupan di Malaysia. Kini rasuah telahpun menjadi cara kehidupan di Malaysia. (Corruption use to be a fact of life in Malaysia. Now it is the way of life).
Sebab itu, rakyat Malaysia harus memikirkan bagaimana untuk mengundi dengan bijak.
Cekap, bersih dan amanah
Dan undi itu harus berdasarkan tiga prinsip sahaja. Bagaimana kerajaan Malaysia boleh menjadi "cekap, bersih dan amanah."
Read More / Baca Lagi >>