Mengapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal 1MDB dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) malah skandal melibatkan pembelian kapal selam Scorpene?
Demikian soal Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebagai reaksi terhadap keputusan Kabinet semalam yang bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an.
Menurut beliau, tindakan Kabinet itu dilihat seolah “menggali bangkai gajah” untuk membalas dendam terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini lantang mengkritik kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
“Gajah dalam bilik yang masih bernafas seperti skandal berbilion dolar 1MDB dan skandal FGV tidak pula diendahkan, ia akan mencalarkan lagi imej negara dengan tindakan pengecut Kabinet itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipandang tinggi dunia jika melepaskan jawatan masing-masing bagi memulihkan semula imej kleptokrasi negara.
“Namun, Kabinet memilih untuk menjadi pengecut – bukannya menarik perhatian dunia melalui sikap berani dan berkeyakinan, sebaliknya ketidakmampuan untuk membezakan yang betul dan salah, dan tidak mengendahkan skandal terkini yang berlaku,” ujarnya.
Kabinet sebulat suara semalam bersetuju untuk menubuhkan RCI dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat kerugian forex oleh BNM.
Kit Siang adalah pemimpin pembangkang utama yang lantang menggesa agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat kerugian BNM dalam forex tersebut.
Related Posts :
Update [Video Tak boleh, kita kena sekat - Saifuddin] Daripada PM jadi tertuduh! ESOK, Najib akan berada di kandang mahkamah untuk dibicarakan! Bantuan TAK PERLU tandatangan YB..Satu lagi usaha kerajaan PH bantu rakyat >> Berita Malay 18Selasa, 2 April 2019
Tak Nak BN
Daripada PM jadi tertuduh
Najib Razak menjadi perdana menteri keenam pada 3 April 2009 dengan menggantik… Read More...
Update [Video Mukhriz: Felcra hangus & Bekas Pengerusi Felcra 'panas hati'!] RM1.7 billion cukai tak bayar, ini dia perompak negara! Food Bank M'sia; Satu lagi usaha PH bantu rakyat! Pegawai Salahuddin direman 4 hari? >> Berita Malay 18Selasa, 2 April 2019
KiniTV
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr. Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan kepada dewan rakyat bahawa kekangan kewa… Read More...
Update RAKYAT RANTAU JANGAN PERSIAKAN JASA, BAKTI DAN KEPAKARAN TOK MAT HASAN MENGURUS TADBIR NEGERI >> Berita Malay 18
Adalah menjadi satu kerugian besar kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau jika tidak memilih Datuk Seri Mohamad H… Read More...
Update RAKYAT RANTAU JANGAN PERSIAKAN JASA, BAKTI DAN KEPAKARAN TOK MAT HASAN MENGURUS TADBIR NEGERI >> Berita Malay 18
Adalah menjadi satu kerugian besar kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau jika tidak memilih Datuk Seri Mohamad H… Read More...
Update [Video Mat Sabu: Menjawab Isu Panas Mainan Pembangkang] Syabas AG..Perbicaraan Najib berhubung dana SRC bermula Rabu, tiga saksi dijangka beri keterangan. >> Berita Malay 18Selasa, 2 April 2019
Syabas AG....
Perbicaraan Najib berhubung dana SRC bermula Rabu, tiga saksi dijangka beri keterangan.
KUALA LUM… Read More...