Update Baitulmaqdis: Apa langkah seterusnya selepas berhimpun.... >> Berita Malay 18

Bekas duta Redzuan Kushairi berkata Putrajaya mesti mengkaji semua hubungan dengan Presiden AS Donald Trump dan pentadbirannya.
Redzuan-Kushairi-solidarity-jerusalem-putrajayaMenganjurkan perhimpunan solidariti untuk Palestin tindakan yang bagus tetapi Malaysia perlu mengambil langkah konkrit untuk membantu perjuangan Palestin, kata seorang bekas diplomati hari ini.
Redzuan Kushairi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak layak disokong rakyat Malaysia dalam perkara itu, termasuk mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan melawan cubaan membuli oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
“Menganjurkan perarakan solidariti tindakan yang bagus dan wajar. Dasar luar negara Malaysia mesti berdasarkan prinsip dan melindungi nilai-nilai teras kita.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, dasar luar negara bermula di dalam negara. Tetapi untuk isu antarabangsa tertentu yang melibatkan prinsip keadilan, Malaysia mesti berdiri bersama negara-negara yang mahukan keadilan, walau apa pun kedudukan sesebuah negara kuasa dunia,” katanya pada FMT hari ini.
Bekas duta Malaysia ke Uzbekistan itu mengulas tunjuk perasaan yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya hari ini.
Kira-kira 2,000 orang berhimpun dalam tunjuk perasaan hari ini bagi membantah keputusan Trump memperakui Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dengan memindahkan kedutaan AS ke sana dari Tel Aviv.
Redzuan berkata Putrajaya perlu mengkaji semula hubungan dengan Trump dan AS, “bukan sahaja sahaja hubungan dua hala kita, tetapi juga dalam konteks geopolitik sejagat, termasuk di Asia-Pasifik dan Timur Tengah”.
Beliau berkata Najib belum melakukan secukupnya apabila mengatakan dia tidak akan gadai dan bertolak ansur dalam isu kesucian Islam walaupun Trump “kenalan baik” beliau.
“Secara umumnya, kita tiada masalah dengan rakyat AS dan negara itu. Cuma Trump ialah masalah kepada negaranya, rakyatnya dan dunia,” kata Redzuan.
“Saya rasa tindakan Najib menegaskan Malaysia mempertahankan prinsip dasar luar negara Malaysia, walaupun mempunyai hubungan baik dengan Trump dan AS yang merupakan sebuah negara kuasa dunia.
“Namun secara keseluruhan, ada keperluan untuk menilai semula hubungan dengan Trump dan AS dibawah pentadbirannya,” tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :