Update Kerajaan Umum Bantuan Khas RM500 Kepada Penjawat Awam >> Berita Malay 18

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bantuan khas juga dinikmati hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun ini.

“Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan dengan anggaran sebanyak RM1 bilion," kata kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Aidilfitri.

Subscribe to receive free email updates: