Sarawak Report mendakwa beliau terima wang dari perdana menteri beberapa bulan sebelum berjaya mendapatkan pensabitan terhadap Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: PKR mendesak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjawab dakwaan Sarawak Report yang mengatakan peguam itu menerima RM9.5 juta dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya menggesa Najib dan Shafee untuk menjelaskan perkara ini dan menerangkan dengan jujur mengenai urusan wang ini,” kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau mengaitkan dakwaan itu kepada peranan Shafee sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2015, dan berkata peguam veteran itu turut membuat jelajah selepas pensabitan pemimpin PKR itu.
“Perbuatan jahat untuk memburukkan lagi Anwar ini bukan sahaja menghina mahkamah, malah ia jelas menunjukkan niat beliau untuk menjatuhkan Anwar bagi pihak Najib,” kata Nik Nazmi, dan menambah Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali “mesti menjelaskan tindakan apa yang akan diambilnya”.
Sebelum ini Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata laporan polis akan dibuat terhadap peguam itu, tetapi enggan memberikan butiran.
“Saya dimaklumkan oleh peguam akan ada pihak yang akan buat laporan polis pasal tu. Kami harap polis akan siasat dengan teliti,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Pada Rabu, Sarawak Report menamakan Shafee sebagai salah seorang penerima wang daripada akaun dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/08/update-video-budaya-cium-tangan-najib.html">Update [Video BUDAYA CIUM TANGAN Najib punca UmnoBN tersungkur] Balas jasa "Senoi Praaq" dengan zalim pada sekatan Orang Asli. >> Berita Malay 18Rabu, 29 Ogos 2018
Balas jasa "Senoi Praaq" dengan zalim pada sekatan Orang Asli
Isnin lepas, tiga sekatan yang dibina masyaraka… Read More...
Update Utusan setuju mohon maaf tanpa syarat pada Anwar >> Berita Malay 18
Akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini bersetuju mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat kepada Dat… Read More...
Update Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa… >> Berita Malay 18
29 Ogos 2018
Sinar Harian
Perkongsian wanita ini di Twitter turut dibanjiri komen orang ramai yang memuji kejelitaannya setelah di… Read More...
Update [Video Rafizi Ramli DEDAH Kroni-Kroni Umno Dalam Kerajaan HARAPAN] Persidangan Majlis Syiah Sedunia & Jika Azmin KECUNDANG kpd Rafizi, adakah Azmin akan masuk BERSATU? >> Berita Malay 18Rabu, 29 Ogos 2018
Tumpang sekole.
BAGAIMANA JIKA AZMIN KECUNDANG KEPADA RAFIZI? ADAKAH BELIAU AKAN MASUK BERSATU?
Siapa akan menang d… Read More...
Update SIS BIADAP, KURANG AJAR: Hina Islam >> Berita Malay 18
17 Zulhijjah 1439H, Rabu– Kenyataan yang dikeluarkan Pengurus Program Sisters in Islam (SIS), Shareena Sheriff mengenai Islam yang disi… Read More...