Sesiapa sahaja yang melihat tiga keping gamgar ini pasti ada yang sampai menitiskan air mata kerana keadaan dalam gambar tersebut yang amat menyentuh hati kita yang rata-rata meluahkan kesedihan melihat keadaan anak kecil tersebut.
Tiga keping gambar tersebut yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh Persatuan Mak Cik Puaka sudah cukup untuk membuatkan netizen menitis air mata ketika melihatnya.
Ketika melihat gambar dua kanak-kanak lelaki tidur beralaskan tanah di tepi beberapa bungkusan di dalam sebuah rumah pasti menimbulkan pelbagai persoalan mengenai mereka.
Paling membuatkan pembaca simpati adalah lukisan berwarna yang bertajuk 'rumah kami' di dinding rumah tidak terurus itu.
Ini kerana ia membayangkan hasrat kanak-kanak tersebut yang inginkan kehidupan di kediaman yang lebih selesa seperti rakan sebayanya yang lain.
Menurut status laman sosial berkenaan, gambar tersebut dimuat naik selepas pihak laman sosial berkenaan mengetahui alamat rumah tersebut.
Gambar tersebut dipercayai dirakam di sebuah rumah tidak beralamat berhampiran 492, Jalan Sungai Tiram, kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor.
Status berkenaan mendakwa, gambar itu dirakam ketua kampung berdekatan selain dia turut membawa kisah kemiskinan kanak-kanak tersebut kepada pengetahuan pihak Majlis Agama Islam Johor (Maij) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, status yang dikongsi oleh 209 pengguna lain itu turut diminta disiasat terlebih dahulu kerana bimbang kanak-kanak itu mempunyai rumah.
Netizen tidak mahu derma dipungut secara terburu-buru tanpa mengetahui status dan kisah lanjut kanak-kanak berkenaan. - mStar Online



Related Posts :
Update Pecat, Dakwa Dan Gugur Kerakyatan Waytha Moorthy >> Berita Malay 18
Pelbagai pihak menyuarakan gesaan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy beri… Read More...
Update JIKA KERAJAAN PH GAGAL TOLAK ICERD, UMNO... PAS, NGO AKAN TERUS MENENTANG >> Berita Malay 18
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas berkata seluruh ahli UMNO, Pas dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan … Read More...
Update [LANGSUNG: Parlimen Isnin, 19 Nov 2018 (Sesi Pagi)] ICERD-Zahid sengaja buat PROVOKASI & MENGHASUT rakyat! Itu video 10 tahun lalu ketika BN tak bela masyarakat India. >> Berita Malay 18Isnin, 19 November 2018
Terang dan Jelas.
Terima kasih Tun M.
Pihak Pembangkang jangan nak provoke lagi..
Otai BERSIH
Itu video 10 tahun l… Read More...
Update JIKA KERAJAAN PH GAGAL TOLAK ICERD, UMNO... PAS, NGO AKAN TERUS MENENTANG >> Berita Malay 18
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas berkata seluruh ahli UMNO, Pas dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan … Read More...
Update [Video Anwar sindir pedas Umno Pas cuba jadi juara Melayu tapi diam isu 1MDB?] Isu #ICERD yg semakin panas dibangkitkan media sosial 'WhatsApp'! Parti2 politik-rasis tertentu cuba meniupkan api sentimen perkauman. Hubayaaa! >> Berita Malay 18Isnin, 19 November 2018
Suara Rakyat
Nampaknya parti2 politik-rasis tertentu cuba meniupkan api sentimen perkauman dan agama terhadap is… Read More...