Update Mahathir, Muhyiddin pimpin PH hanya perbincangan dalaman Bersatu, kata Mukhriz >> Berita Malay 18


 Sidang media Pakatan Harapan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdolak dalik berkaitan kononnya parti itu  mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan.
Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, senarai nama yang dikatakan akan menerajui barisan pimpinan Pakatan Harapan itu tidak pernah dirujuk atau didedahkan oleh mana-mana wakil Bersatu.
Sebaliknya Mukhriz menegaskan ia hanya perbincangan dalaman parti itu yang tidak seharusnya didedahkan.
"Senarai itu tidak dirujuk atau didedahkan oleh mana-mana wakil PPBM. Ini soal perbincangan dalaman Pakatan Harapan yang tidak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak.
" Mesyuarat hari ini kita bincang panjang lebar mengenai perkara ini dan dalam masa seminggu lagi kita akan dapat kata sepakat," ujarnya dalam sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pagi ini di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Ketika diasak pertanyaan sama ada nama-nama yang disebut itu sama seperti apa yang dibincangkan dalam Pakatan Harapan, Mukhriz menegaskan: "Kita mempunyai struktur yang berlainan daripada yang asal, yang saya boleh pastikan ia tidak tepat seperti apa dilaporkan," ujarnya.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
Mengulas mengenai perkara ini Saifuddin turut berkata, beliau dimaklumkan oleh Muhyiddin yang juga menafikan apa yang disiarkan oleh media itu dari sumber dalaman Bersatu.
"Tan Sri Muhyiddin dalam mesyuarat menafikan apa yang disiarkan itu dari PPBM," ujarnya.
Difahamkan mesyuarat Pakatan Harapan Majlis Presiden yang berlansung hari ini membincangkan cadangan Bersatu itu.
Baru-baru ini dilaporkan Bersatu mencadangkan  Dr Mahathir dan  Muhyiddin  dilantik sebagai pengerusi dan presiden Pakatan Harapan, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat Pakatan Harapan.
Dalam cadangan Bersatu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai naib presiden Pakatan Harapan.
"Ini adalah format yang dikemukakan oleh Bersatu," kata seorang pemimpin Pakatan Harapan seperti dilapor Malay Mail Online dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :