Hashim berkata perwakilan itu menunjukkan kepada para pegawai SPR gambar beberapa rumah kosong yang alamatnya didakwa digunakan beberapa orang untuk mendaftar sebagai pengundi.
“Mereka datang kerana mahu tunjukkan gambar itu kepada kami, tetapi bukan begitu bagaimana sistem kami berfungsi, tak memadai dengan menunjukkan gambar kepada kita pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media di sesi dialog bersama pelajar kolej komuniti Selangor.
“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, sistem kami menetapkan kamu buat bantahan dalam tempoh bantahan selepas pendaftaran diproses. Mengapa kamu tunjukkan gambar kepada saya?”
Beliau berkata penunjuk perasaan datang dengan rantai dan mangga, dengan misi untuk mengunci pintu pagar.
Kumpulan PH itu mengunci pintu gerbang ibu pejabat SPR selepas suruhanjaya dilaporkan enggan menerima memorandum mereka.
Kumpulan itu berhimpun di ibu pejabat SPR di Putrajaya selama 1 jam dan cuba untuk menyerahkan memorandum mereka.
Sementara itu, Hashim berkata usaha SPR untuk menarik orang ramai mendaftar sebagai pengundi jauh lebih berkesan berbanding parti politik.
Beliau berkata SPR sedang menumpukan kempen di universiti dan kolej dalam usaha menarik pelajar berusia 21 ke atas mendaftar sebagai pengundi.
Di peringkat pertama, setakat ini, beliau berkata ribuan pelajar sudah mendaftar.