Update Mahkamah Syariah tolak permohonan qazaf Anwar >> Berita Malay 18


Mahkamah Rayuan Syariah hari ini menolak permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Panel tiga hakim syarie berkata mereka bersetuju dengan hujah-hujah ilmiah bahawa zina turut meliputi liwat.
Namun, menurut mereka, mahkamah terikat dengan enakmen jenayah syariah Selangor, yang mentakrifkan zina hanya sebagai persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang wanita.
Justeru, mereka memutuskan permohonan qazaf itu tidak dapat diluluskan.
Ini adalah alasan sama yang diberikan apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Oktober lalu membatalkan permohonan qazaf pertama Anwar terhadap Shafee.
Menurut peguam yang mewakili Anwar, Fadhlina Saddiq keberanian mahkamah rayuan membuat keputusan mencadangkan seksyen 36 berkaitan Qazaf itu dipinda kerana kebanjiran kes tuduhan palsu terhadap masyarakat yang berleluasa.
"Sepatutnya kes ini boleh dirujuk di mahkamah syariah.
"Apa yang berlaku kes ini tidak dapat dipertuduh di mahkamah syariah kerana maksud Qazaf itu sendiri.
"Sayangnya mahkamah terikat dan masyarakat difahamkan keputusan ini sangat penting kerana menjadi satu kayu ukur yang baik untuk membuat pindaan dan perlu diambil pertimbangan badan perundangan di negeri-negeri," ujarnya ketika ditemui media di lobi mahkamah pagi ini.
Jelasnya lagi penjelasan mahkamah rayuan lebih tepat daripada mahkamah tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: