Update Mengapa Isa perlu letak jawatan? >> Berita Malay 18

Oleh NARAZA MUDA
KAMI sebagai anak-anak generasi peneroka Felda sangat terkejut dengan kesombongan Isa Samad waktu ini untuk berundur dengan baik dari FGV. Selama beliau menjadi Pengerusi Felda sebelum disingkirkan awal tahun ini terlalu banyak skandal dan kerosakan. Skandal penyingkiran Presiden dan CEO FGV sekarang ini adalah kemuncak keangkuhan beliau menjadi Pengerusi FGV sekarang ini.
Berikut adalah catatan Skandal beliau sejak mula dilantik oleh Perdana Menteri 2011. 1. MENYINGKIR KPF DARI FELDA HOLDINGS
KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.
Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka Felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2 bilion ataupun RM19.61 sesaham.
2. MENYINGKIR 37 PEGAWAI KANAN YANG TIDAK SETUJU PENYENARAIAN FGV
Ini yang amat malang dalam dunia Felda bilamana mereka yang amanah, setia dan sangat berintergriti memacu Felda sehingga berada di kedudukan cemerlang sehinggalah kehancuran selepas diambil alih oleh Isa.
3. TANAH LADANG SAWIT 360,000 HEKTAR
Tanah atau ladang yang selama ini menjadi pendapatan kumpulan, telah diserahkan secara pajakan kepada FGV. Pendapatan yang dijana hasil dari tanah ini mencecah RM1.2 hingga RM1.8 bilion setahun, kini sudah dikongsi dengan pemegang saham FGV seluruh dunia dan kehilangan besar kepada pendapatan Felda.
4. MENGHENTIKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SOSIAL KEPADA PENEROKA
Apabila pendapatan dari tanah 360,000 hektar sudah tidak menjadi milik felda, peneroka Felda tidak lagi disalurkan peruntukan RM60 juta setahun seperti sebelum ini. Ini menyebabkan banyak program sosial peneroka tidak dapat dilaksanakan.
5. PEMBELIAN ASET MEWAH DENGAN HARGA TINGGI DARI HARGA SEMASA
Selepas penyenaraian FGV, Felda dan FGV di bawah Tan Sri Isa Samad, mulai berbelanja mewah. Pembelian tanah perladangan dan perhotelan serta ambil alih Syarikat di dalam dan luar negara telah dibuat, antaranya:
• RM1.2 bilion digunakan untuk mengambil alih saham Pontian United Palntation Berhad.
• RM548 juta untuk pembelian Grand Plaza Service Apartment.
• RM86 juta pembelian Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu Sabah.
• RM110.3 juta mengambil alih 25 peratus saham Iris Corporation Berhad.
• RM304 juta Pembelian Hartanah di Bukit Katil Melaka
6. SKANDAL IKAN STURGEON
Projek yang bernilai RM135 juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.
7. SKANDAL PENJUALAN TRT-ETGO
Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT-ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.
Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV, sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT-ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta).
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :