Kucing merupakan spesis haiwan yang jinak, namun sejinak-jinak kucing boleh bertindak agresif andai ia merasakan diri terancam.
Namun begitu jarang sekali kita mendengar mengenai haiwan comel ini bertindak agresif sebegini hinggakan langsung tidak dapat di dekati.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Singapura yang terpaksa meminta bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) selepas seekor kucing menceroboh kediamannya.
Menurut Agensii, Harris Abu Bakar yang memuat naik gambar kejadian itu di Facebook memberitahu, seekor kucing hitam masuk ke rumahnya di Punggol pada jam 1 pagi (waktu tempatan), Rabu lalu.
“Saya tidak tahu ilmu hitam apa yang membolehkan kucing hitam ini masuk ke rumah walaupun semua pintu dan tingkap ditutup dan dikunci.
“Selama dua jam saya cuba menghalau kucing ini keluar tetapi ia sangat agresif, berbunyi dengan kuat dan cuba mencakar saya,” katanya.
Sehubungan itu menurutnya, dia pada mulanya mahu menghubungi beberapa agensi haiwan tetapi membatalkan niatnya itu kerana tidak mahu kucing itu dibunuh.
Dia kemudiannya, menghubungi polis dan SCDF untuk bantuan.
Jurucakap polis memberitahu akhbar The Straits Times, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada jam 2.13 pagi (waktu tempatan) dan beberapa anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Beberapa anggota polis dan SCDF cuba menangkap kucing itu tetapi haiwan berkenaan berjaya keluar dari rumah dan terus menghilangkan diri.
Related Posts :
Update Rupanya Mat Sabu TIADA diploma, kena reject ITM (Kabinet M'sia Menyedihkan) >> Berita Malay 18
Heboh-heboh tentang ijazah terbang, kita lupa kelulusan Mat Sabu.
Dia bukan lulusan Diploma ITM jurusan kulinari, tapi dibuang… Read More...
Update [Video MENGAPA MALU, BOSSKU? Biasherrr Biaserrr aje] Masa PRU dulu kita nak Najib kalah je, bukan nak dia jadi GILA! Aahh ahh la kan & Kembalinya Zahid boleh rencat kebangkitan Umno. >> Berita Malay 18Sabtu, 9 Februari 2019
Aahh ahh la kan
Otai BERSIH
Bila org bising, dia cabar suruh report. Bila org report, tentulah SPRM siasat. Bila S… Read More...
Update [Video Bebudak Malu Apa Bossku - BUKAN Penyokong Najib Rupanya] Sejak becampo dgn bebudak 'malu apa bossku' Najib nampak lebih bodo dari biasherrr2 & Pas jangan beraya salah tempat, Idris Ahmad harap bersabar! >> Berita Malay 18Sabtu, 9 Februari 2019
TAK LARI GUNUNG DIKEJAR
Semua urusan ada masa ada ketika. Bagi yang cepat meracau, bukan semua laporan me… Read More...
Update GST kpd SST keputusan bodoh, Rakyat tertipu ingat hanya MANSUH GST >> Berita Malay 18
Keputusan untuk berubah dari sistem SST kepada sistem GST bukanlah dilakukan secara melulu. Ia adalah satu keputusan yang dicapai serta di… Read More...
Update Penjawat Awam Khianati Kerajaan PH.. >> Berita Malay 18Penjawat awam yang secara sengaja tidak melaksanakan arahan kerajaan baru wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot… Read More...