Kucing merupakan spesis haiwan yang jinak, namun sejinak-jinak kucing boleh bertindak agresif andai ia merasakan diri terancam.
Namun begitu jarang sekali kita mendengar mengenai haiwan comel ini bertindak agresif sebegini hinggakan langsung tidak dapat di dekati.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Singapura yang terpaksa meminta bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) selepas seekor kucing menceroboh kediamannya.
Menurut Agensii, Harris Abu Bakar yang memuat naik gambar kejadian itu di Facebook memberitahu, seekor kucing hitam masuk ke rumahnya di Punggol pada jam 1 pagi (waktu tempatan), Rabu lalu.
“Saya tidak tahu ilmu hitam apa yang membolehkan kucing hitam ini masuk ke rumah walaupun semua pintu dan tingkap ditutup dan dikunci.
“Selama dua jam saya cuba menghalau kucing ini keluar tetapi ia sangat agresif, berbunyi dengan kuat dan cuba mencakar saya,” katanya.
Sehubungan itu menurutnya, dia pada mulanya mahu menghubungi beberapa agensi haiwan tetapi membatalkan niatnya itu kerana tidak mahu kucing itu dibunuh.
Dia kemudiannya, menghubungi polis dan SCDF untuk bantuan.
Jurucakap polis memberitahu akhbar The Straits Times, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada jam 2.13 pagi (waktu tempatan) dan beberapa anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Beberapa anggota polis dan SCDF cuba menangkap kucing itu tetapi haiwan berkenaan berjaya keluar dari rumah dan terus menghilangkan diri.
Related Posts :
Update [Video Pak cik berseluar pendek tidak dibenar masuk pusat pengundian] BERSIH: Jangan beredar jika sudah beratur sebelum jam 5 petang >> Berita Malay 18Rabu, 9 Mei 2018
BERSIH: Jangan beredar jika sudah beratur sebelum jam 5 petang
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 menggesa para pengundi y… Read More...
Update [Video Calon termuda dan paling tua PRU14 sepentas] Bertuahnya jadi wakil rakyat, wpun kaki ponteng Parlimen (nak pilih lagi ke?) & Pecah rekod, siaran langsung amanat Pengerusi PH diikuti 266,000 penonton. >> Berita Malay 18Rabu, 9 Mei 2018
Suara Rakyat
6 jam ·
Bertuah jadi wakil rakyat, wpun kaki ponteng tak hadir ke Parlimen tap… Read More...
Update [Video Dr M: Begitu hinanya kita... Ya, saya ingin rehat] Mahathir rayu undi rakyat, PH tubuh kerajaan baharu esok. >> Berita Malay 18Rabu, 9 Mei 2018
Mahathir rayu undi rakyat, PH tubuh kerajaan baharu esok
Pilihan Raya Umum ke-14 adalah penentu kepada pembangkang untu… Read More...
Update (10 Gambar) Tsunami Rakyat: Ribuan Hadir di Seremban malam ini >> Berita Malay 18
Ceramah Terakhir PRU 14 dengan kebangkitan Rakyat di Jalan Temiang SEREMBAN, N.SEMBILAN
… Read More...
Update Alasan-Alasan Pakatan Harapan Kalah Hari Inj >> Berita Malay 18
Tahukah Anda? Semua pihak berikut bersekongkol untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang malam nanti!
Episod 1: OMG undi May 9. Oran… Read More...