Kuala Krai - Siasatan awal polis mendapati pemandu van Maahad Tahfiz Al Hashimi, Tualang yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut tujuh nyawa dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, bagaimanapun pemandu tersebut, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 24, tidak mempunyai sebarang rekod saman trafik.
Katanya, siasatan pihaknya juga mendapati kemalangan tersebut berlaku ketika van jenis Maxus V80 Westar yang dinaiki 14 mangsa dari arah bandar Kuala Krai menghala ke Kota Bharu itu memotong sebuah kereta di hadapannya.
“Pemandu ini dipercayai gagal mengawal kenderaannya selepas memotong sebuah kereta di hadapannya.
“Dia cuba untuk masuk semula ke laluan asal tetapi gagal mengawal van tersebjy sehingga terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebuah rumah,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kita akan merakamkan keterangan daripada semua mangsa dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi maut manakala tujuh lagi parah selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah rumah di Kampung Telekong.
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/11/update-video-g3-memfitnah-dap-menghasut.html">Update [Video G3 MEMFITNAH DAP & Menghasut agenda perkauman "Asah parang, Saya akan mengetuai kumpulan kepada 13 Mei"] Fitnah DAP, G3 berdepan tindakan undang undang & Ketuanan Melayu hanya laungan politik, tiada dalam Perlembagaan, kata bekas menteri. >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2018
G3 MEMFITNAH DAP-Ini kerja orang KAFIR ke kerja ORANG ISLAM
NGO G3 Perangi habis2an DAP, saya ketua kumpulan kepa… Read More...
Update [Video Hanipa 'BASUH' Tajuddin, PAS ''Soalan Tak Ada Moral'' Isu 1MDB, Rasuah Banglo LGE!] >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2018
… Read More...
Update [Video Timb Menteri persoal k'jaan T'ganu roboh rumah tradisi berusia 118 tahun] Patriot: Pihak mana dapat faedah jika berlaku rusuhan kaum? >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2018
Rumah pusaka Kampong Tanjung akhirnya dirobohkan.
KUALA TERENGGANU - Satu-satunya rumah warisan bercirikan seni… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/11/update-video-tajuddin-pasir-salak.html">Update [Video Tajuddin Pasir Salak Mengamuk ''Ada Orang Lupa Makan Ubat!''] "EHHH...KAN KITA SAMA2 MENIPU?" Najib...Najib...Najib....bukankah lebih baik jika duduk diam-diam saja? >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2018
Otai BERSIH
Orang yg berakhlak dan berilmu merasakan setiap ayat2 yg keluar dari lidahnya akan didengar oleh jut… Read More...
Update Malaysia tidak akan terima Icerd >> Berita Malay 18Malaysia tidak akan terima Icerd: Penegasan rasmi itu dibuat Pejabat Perdana Menteri hari ini
… Read More...