Penghormatan itu hanya diberikan kepada 5 negara, katanya.
Najib merupakan antara pemimpin termasuk Raja Salman dan Trump yang berucap pada persidangan bersejarah mengenai keselamatan dan usaha memerangi keganasan.
Najib hari ini berkata Malaysia dapat melahirkan momentum yang perlu diteruskan demi untuk kejayaan negara pada masa akan datang.
“Saya nak momentum ini. Kita telah melahirkan momentum ini, jadi kita perlu terus membina (kejayaan) melalui momentum ini,” katanya dipetik Bernama pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya.
Menurutnya, Malaysia perlu memenangi perang ideologi terhadap keganasan dan tidak hanya bergantung kepada peralatan atau pasukan keselamatan.
“Tetapi lebih kepada kita mahu memenangi perang ideologi adalah untuk memahami apakah Islam itu sebenarnya, apakah tuntutan Islam pada kita,” katanya.