Update Najib harap Trump gugurkan kes 1MDB? >> Berita Malay 18

Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan Presiden Donald Trump yang menarik diri daripada menghadiri Perjanjian Paris pada 1 Jun lalu menimbulkan tanda tanya, kepada Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Katanya, ketika pemimpin dunia menzahirkan rasa kesal dan bimbang terhadap tindakan Washinton yang tidak mempedulikan usaha negara antarabangsa cuba mengawal iklim dunia, Najib hanya membisu.
“Adakah sikap berdiam diri Najib dalam perkara ini bertujuan supaya tidak menyinggung Presiden Trump agar Jabatan Keadilan (DOJ) yang menggugurkan kes skandal 1MDB dan tidak menangkap individu yang terlibat termasuk Jho Low?” katanya yang dipetik portal Roketkini.
Menurut pemimpin DAP itu, penarikan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian yang dimeterai oleh 195 negara itu telah mendapat kritikan pemimpin dunia.
Ini kerana Amerika Syarikat adalah penyumbang kepada perubahan suhu dunia memandangkan negara itu adalah pengeluar kedua terbesar gas-gas rumah hijau.
Antara pemimpin dunia yang membidas Trump, termasuk, Canselor German, Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron sementara Russia dan China mengekalkan komitmen mereka terhadap perjanjian itu.
“Saya amat bersetuju dan memuji kenyataan yang dibuat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menlahirkan rasa sedih yang mendalam terhadap kenyataan Amerika Syarikat.
“Tetapi sehingga sekarang Najib hanya diam dan tidak memberikan sebarang kenyataannya sedangkan Malaysia merupakan antara 30 negara yang telah membuat pengumuman bersama di Konvensyen One Belt One Road (Satu Kawasan Satu Laluan) di China Mei lalu,” katanya.
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil tahun lalu mendakwa lebih AS$3.5 bilion dana 1MDB telah diselewengkan.
Dana itu didakwa disalurkan kepada beberapa individu termasuk anak tiri Najib - Riza Aziz dan seorang individu yang dirujuk sebagai "Malaysian Official 1".
Setakat ini, ini DOJ telah memfailkan 16 saman untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion, yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan.

Subscribe to receive free email updates: