Update Pendebat Terhebat Seluruh Galaksi Alam @SyedSaddiq Kaki Putar Belit >> Berita Malay 18


Pendebat terhebat seluruh galaksi alam dan juga Ketua Armada, Syed Saddiq Palladium, semalam di dalam sidang medianya semalam berkata,
Jadi saya terharu dengan Raja Petra, sebab dia ingat saya hebat sangat, sebelum ini kata saya budak hingusan, jadi bagaimana seorang budak hingusan boleh caturkan strategi negara terkuat dunia AS boleh dikawal pemimpin muda yang dikatakan budak mentah ini.
Malah, perkara beliau mencatur strategi politik ini turut ditulis di dalam laman sosial Facebook beliau. Puas saya membaca artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin, di sini. Di dalamnya, TIDAK terdapatpun RPK menuduh Syed Sadiq buat caturan strategi. Yang didakwa oleh RPK adalah pembuat strateginya adalah dikatakan Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. 

Menurut RPK, Syed Saddiq ini hanya menceritakan strategi kedua Tun berkenaan kepada rakan EXCO Armadanya sahaja. Malah, RPK turut mencemuh Syed Sadiq bahawa strategi sebegitu adalah terlalu besar untuk seorang budak hingusan seperti Syed Saddiq.

Pembelit dan putar alam juga Syed Saddiq ini ya?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :