Update Praktikal bagi HARAPAN putuskan PM sementara >> Berita Malay 18

Tiada siapa mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Pakatan Harapan perlu praktikal dalam menentukan siapa yang patut mengetuai gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata semua parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak melupakan kisah kejayaan Anwar malah pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sendiri tidak mempersoalkan peranan bekas ketua pembangkang itu dalam HARAPAN.
Antara lain, kejayaan Anwar menyatukan parti-parti pembangkang sehingga memperoleh 52 peratus undi popular pada pilihan raya 2013, ketika beliau disebut-sebut sebagai Perdana Menteri.
HARAPAN menerima BERSATU kerana parti itu seolah-olah berkongsi visi yang sama dalam membanteras rasuah dan menggantikan BN di Putrajaya, kata Mujahid.
Bagaimanapun, BERSATU tidak boleh melihat kemasukkannya ke dalam HARAPAN sebagai "segala-galanya".
Ahli Parlimen Parit Buntar selama dua penggal itu berkata demikian semasa majlis berbuka puasa bersama media di Pulau Pinang malam tadi.
Menurut Mujahid, secara moral, Anwar boleh memimpin di penjara tetapi mempersoalkan siapa yang akan memimpin mereka "di medan pentempuran".
Katanya, sebab Itu pembangkang perlu tampil dengan idea mewujudkan PM sementara.
Mujahid, bagaimanapun, enggan menyatakan sama ada partinya akan menerima bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM sementara jika HARAPAN menang dalam PRU-14, yang perlu diadakan menjelang Ogos tahun depan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :