Update PRU14: SIAPA CALON KETUA PEMBANGKANG SELEPAS UMNO TUMBANG? >> Berita Malay 18


Meskipun Pakatan Harapan masih perlu berunding untuk menentukan siapa calon Perdana Menteri sebaik gabungan itu mengambil alih kerajaan selepas PRU 14 nanti, hakikat yang nyata ialah mereka tidak ketandusan pemimpin yang layak.
Sementara menunggu Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara, calon yang layak tidak sukar dicari. Ada Tun Mahathir Mohamad, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, malah Mohamad Sabu tidak kurang layaknya juga.
Ia berbeza dengan UMNO dan BN yang hanya bergantung semata-mata kepada Najib Razak. Walaupun Najib dibelenggu skandal kewangan paling buruk di muka bumi ketika ini, mereka tiada pilihan selain perlu terus mempertahankannya.
Tidak ada yang berani menaikkan nama lain selain Najib sebagai bakal Perdana Menteri. Jika Zahid Hamidi mahu dinaikkan, puak Hishammuddin akan membantah dan jika Hishammuddin pula dinaikkan, penyokong Zahid pasti akan “melompat”.
Kiranya nama Khairy Jamaluddin cuba-cuba mahu disebut, tidak kurang yang akan membantah berikutan rekod lamanya semasa menjadi “ketua budak tingkat 4” kepada Tun Abdullah Badawi yang menyebabkan sebahagian besar masalah UMNO dan negara hari ini adalah berpunca daripadanya.
Mahu tidak mahu, seburuk mana pun Najib di mata rakyat dan dunia, UMNO dan BN tidak ada pilihan.
Malah, dengan kecenderungan rakyat menolak UMNO dan BN terus membuak-buak, mereka seolah-olah reda untuk kalah dan hilang kuasa bersama-sama dengan Najib.
Apa jadi setelah kalah nanti?
Siapa bakal Ketua Pembangkang daripada BN ketika itu?
Masihkah Najib dipercayai untuk memikul tugas sebagai Ketua Pembangkang atau beliau akan lebih dipersalahkan sebagai punca utama kepada kekalahan?
Najib sendiri bagaimana, adakah beliau masih bernafsu untuk berjuang demi agama dan bangsa atau lebih dulu akan berpindah ke luar negara bersama keluarganya?
Atau Zahid Hamidi, Hishammuddin mahu pun KJ sedia memikul peranan Ketua Pembangkang itu?
Jika di antara bertiga itu menjadi Ketua Pembangkang, mampukah mereka menghidupkan kembali peluang UMNO dan BN untuk berkuasa dalam pilihanraya yang seterusnya?
Mampukah mereka dalam keadaan tiada lagi kuasa untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan yang di dalamnya terbaris tokoh-tokoh hebat seperti Tun Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Lim Kit Siang, Mukhriz, Azmin, Mohamad Sabu, Tony Pua, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub, Nurul Izzah dan ramai lagi?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: