Tindakan menahan dan memenjarakan pembangkang ialah strategi politik diamalkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjado perdana menteri, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata antara tempoh 1998 hingga 2001 Dr Mahathir menahan ramai tokoh yang menentangnya.
Malah, kata Salleh, bekas perdana menteri itu menggunakan undang-undang penahanan tanpa bicara untuk menangkap pihak yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah.
Memetik laporan Human Rights Watch, Salleh berkata, pertubuhan hak asasi manusia itu menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002 dan seterusnya, Malaysia berada dalam keadaan negara polis, manakala Dr Mahathir dianggap sebagai diktator.
"Dr Mahathir menjawab, Malaysia tidak boleh mengamalkan demokrasi cara Barat kerana bahaya masalah perkauman seperti yang berlaku pada 1069," katanya di blog beliau hari ini.
Salleh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menjangkakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak akan bertindak keras ke atas pemimpin pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Benda paling mengarut
PRU itu perlu diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan tetapi sesetengah pihak menjangkakan parlimen mungkin dibubarkan lebih awal.
Kata Dr Mahathir, langkah menangkap pemimpin pembangkang dibuat bagi mengucar-ngacirkan musuh politik Najib serta menakut-nakutkan pengundi.
"Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-ngacirkan parti.
"Memang tindakan itu akan menyebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan berasa takut untuk mengundi pembangkang.
"Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan," katanya.
Menurut Salleh, Dr Mahathir membuat "dakwaan tidak berasas" itu terhadap Najib kerana beliau tidak ada apa-apa lagi yang boleh dikatakannya.
"Ini adalah benda paling mengarut dikatakan Dr Mahathir setakat ini dan tiada asas untuk beliau berkata demikian," katanya.
Salleh berkata, ada kemungkin Dr Mahathir bimbang kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan kerajaan untuk menyelidik kerugian aktiviti perdagangan mata wang asing bernilai AS$10 bilion suatu ketika dulu,
Kerajaan pada 21 Jun lalu mengumumkan bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal berkenaan yang berlaku pada 1990-an.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri penubuhan RCI itu bertujuan menjaga kepentingan awam kerana kerugian sebenar akibat urus niaga mata wang asing itu melibatkan rizab negara dan ia perlu dipastikan.