Kedai emas dalam pasar raya di Tampoi, Johor Bahru, dirompak empat lelaki bersenjata api dalam kejadian kira-kira 7.50 malam hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian itu, seorang pengawal keselamatan turut terkena tembakan di paha, namun dilaporkan dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
"Suspek terdiri daripada empat lelaki yang belum dikenal pasti dan mereka bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi.
"Sejumlah barang kemas berjaya dilarikan, namun jumlah kerugian belum dapat diketahui," katanya.
Beliau berkata, selaras senapang patah milik pengawal keselamatan itu juga turut dilarikan suspek dalam kejadian yang berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minit itu.
Menurutnya, polis kini masih menjalankan siasatan dan Op Tutup serta Op kesan sedang dijalankan di seluruh negeri untuk mengesan suspek.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) dan samun berkawan menggunakan senjata api," katanya.
Related Posts :
Update [Video Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng] 'Bekas Ketua Perisik MEIO (Datuk Hasanah) boleh didakwa kerana khianat'. >> Berita Malay 18Rabu, 1 Ogos 2018
'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat'
Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (ME… Read More...
Update [Video PRK Sg Kandis 'Sepatut Najib tak payah datang, duduk rumah' & Pas Umno hanya tahu MAINKAN ISU KAUM, AGAMA SAHAJA?] KENYATAAN PEMUDA PAS BUAT ANU LOKE MAN TERSENTAP? >> Berita Malay 18Rabu, 1 Ogos 2018
PRK Sungai Kandis: Mohd Zawawi jadi pilihan pengundi?
KENYATAAN PEMUDA PAS BUAT ANU LOKE MAN TERSENTAP...
Nik Abdu… Read More...
Update KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan pasai 1MDB >> Berita Malay 18
Isu hutang syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghangatkan sidang Dewan Rakyat peta… Read More...
Update KPM siasat rasuah, gangguan seksual oleh pegawai tertingginya >> Berita Malay 18
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menyiasat dakwaan rasuah dan gangguan seksual yang melibatkan beberapa pegawai tertingginya, lapor p… Read More...
Update [Video Mat Sabu Tenang Jawab Soalan Kenapa Tak Hantar Tentera di Arab Saudi] Mat Sabu menjawab soalan di parlimen demi keselamatan rakyat dan M'SIA...Syabas! Siapa ckp dia kartun? >> Berita Malay 18Rabu, 1 Ogos 2018
Mohamad Sabu menambah 4 foto baharu
5 jam ·
Mesyuarat berkenaan Menggulung Perba… Read More...