Memang satu kelebihan jika memiliki rupa paras yang cantik. Dapat menarik pelanggan. Bukan kanak-kanak je beli ais krim yang dijual oleh gadis tersebut, yang lelaki berjanggut pun sibuk juga. Nak beli ais krim ke atau ‘ushar’ peniaga
Difahamkan, gadis ini adalah pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sering menjual ais krim di sekitar Langkawi, termasuklah di majlis-majlis kenduri kahwin ketika cuti semester.
Tidak hanya dia seorang, bapa dan adik-beradiknya juga dikatakan melakukan pekerjaan yang sama.
Ada juga yang mengatakan wajah gadis tersebut seiras pelakon dan pengacara popular, Neelofa.
Netizen juga memuji gadis tersebut yang tidak memilih pekerjaan dalam mencari rezeki halal.