Berasal dari Singapura, Hannah bergandingan dengan Syafiq Kyle sebagai teraju utama dalam drama bersiri arahan sutradara Eyra Rahman.
Memandangkan masih ramai peminat yang tidak mengenali bakat baru yang berwajah jelita ini, ini lima fakta menarik mengenai Hannah:
1. Nama sebenar gadis berdarah campur ini ialah Hannah Adlina Blackburne Birch. Berusia 21 tahun, ibunya berketurunan Melayu Singapura manakala ayahnya berasal dari England.
2. Di sebalik wajah jelita persis gadis mat salih, Hannah menggemari masakan Melayu. Gadis ini gemar menikmati masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal, terutamanya sambal petai.
3. Hannah mula melibatkan diri dalam dunia hiburan di Singapura sebagai seorang penyanyi. Menganggotai kumpulan duo Delisha, gadis ini menjadikan nama ‘Hannah Delisha’ sebagai nama komersial dan panggilan itu kekal sehingga kini. Hannah juga baru sahaja muncul dengan single terbarunya yang berjudul Tak Perlu Kata Apa-Apa.
4. Hannah menghidap penyakit asthma semenjak kecil. Paling teruk, Hannah diserang asthma ketika berusia 10 tahun dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Sehingga kini, sakit tersebut boleh dikawal dan Hannah menggunakan ‘inhaler’ jika diserang asthma.
5. Wajah cantik Hannah mendapat perhatian penerbit drama Mencintaimu Mr. Photographer ketika dia menghadiri sesi temubual mempromosikan single terbarunya di program AM Live Astro pada awal tahun ini. Mencintaimu Mr. Photographer merupakan drama bersiri pertama Hannah di Malaysia. Sebelum ini, Hannah banyak membintangi drama bersiri di Singapura.