IPOH – Tular di media sosial semalam apabila penguna media sosial menggunakan nama dr_aminabdullah menunjukkan borang tempahan pendaftaran kenderaan secara tawaran AKU 8055 dengan harga bidaan sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun pihak media masih belum menerima kesahihan bidaan tersebut dari mana-mana pihak termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memandangkan tempoh bidaan masih berlangsung.
Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut sehingga mesyuarat tender diadakan.
Menurutnya, borang tender hanya akan dibuka selepas tarikh tutup borang tersebut berakhir pada 18 Julai ini.
Pada 3 Julai lalu, nombor pendaftaran kenderaan AKU telah dibuka dan AKU 8055 yang menyamai sebutannya dengan AKU BOSS dijangka akan mendapat bidaan tertinggi.
Selain AKU 8055, nombor pendaftaran yang hampir sama dengan sebutan AKU BOSS seperti AKU 805 dan AKU 1305 dijangka akan mendapat permintaan tertinggi sepanjang tempoh dua minggu bidaan dibuka.
Setakat ini selebriti tanah air, bintang sukan serta pengasas kosmetik terkemuka antara individu yang membuat bidaan untuk nombor plat tersebut.- Sinar Harian

Related Posts :
Update Najib,mana satu betul tentang DAP... >> Berita Malay 18
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya menyerang DAP dengan skrip yang bertent… Read More...
Update [Video KHAZANAH MILIK SIAPA~Arul Tidak Layak & Mengapa mudah 'Kena Kelentong Kopi Pak Belalang'?] Rakyat pernah buktikan BN mampu tewas. >> Berita Malay 18Isnin, 13 November 2017
Rakyat pernah buktikan BN mampu tewas
SHAH ALAM, 12 NOV: Tiada siapa menyangka Barisan Nasional (BN) akan men… Read More...
Update [Video Nizar: Ketua 'Sebuah Parti Islam Seluruh Perak' Pemfitnah, Pembohong & Penipu!] POBA ditutup, terima kasih semua & PRU14 dijangka pilihan raya paling kotor. >> Berita Malay 18Isnin, 13 November 2017
PUSAT OPERASI BANJIR AMANAH DITUTUP, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
Saya Pengerusi AMANAH Negeri Pulau Pinang, sete… Read More...
Update [Video Anggota CEC DAP hampir tak berubah & DAP diperlakukan macam dalam filem Hollywood] Pemilihan semula CEC berjalan lancar. >> Berita Malay 18Isnin, 13 November 2017
Pemilihan semula CEC berjalan lancar
SHAH ALAM, 12 NOV: Pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) h… Read More...
Update UTUSAN, BH HARI INI HABIS DIJUAL, KHABARNYA ANNUAR MUSA PUNYA JASA >> Berita Malay 18Semalam Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa membidas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali atas tindakan kerajaan negeri Pakatan Harapan itu meng… Read More...