IPOH – Tular di media sosial semalam apabila penguna media sosial menggunakan nama dr_aminabdullah menunjukkan borang tempahan pendaftaran kenderaan secara tawaran AKU 8055 dengan harga bidaan sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun pihak media masih belum menerima kesahihan bidaan tersebut dari mana-mana pihak termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memandangkan tempoh bidaan masih berlangsung.
Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut sehingga mesyuarat tender diadakan.
Menurutnya, borang tender hanya akan dibuka selepas tarikh tutup borang tersebut berakhir pada 18 Julai ini.
Pada 3 Julai lalu, nombor pendaftaran kenderaan AKU telah dibuka dan AKU 8055 yang menyamai sebutannya dengan AKU BOSS dijangka akan mendapat bidaan tertinggi.
Selain AKU 8055, nombor pendaftaran yang hampir sama dengan sebutan AKU BOSS seperti AKU 805 dan AKU 1305 dijangka akan mendapat permintaan tertinggi sepanjang tempoh dua minggu bidaan dibuka.
Setakat ini selebriti tanah air, bintang sukan serta pengasas kosmetik terkemuka antara individu yang membuat bidaan untuk nombor plat tersebut.- Sinar Harian

Related Posts :
Update Kenapa Pas TAK BERANI cakap apa2 tengtang Jho Low? Kejadian Dr Dzul DISERANG waktu subuh, tayar kereta Khalid Samad ditoreh, kereta Dr Hatta dibakar, dan Rumah Mat sabu juga dibakar! Adakah individu yang sama menyerang pemimpin parti Amanah? Duit punya pasal..Ape pun boleh buat [Video KERAJAAN TUNTUT NFC BAYAR HUTANG] >> Berita Malay 18Khamis, 23 Mei 2019
KiniTV
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata tuntutan mahkamah akan dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap sya… Read More...
Update Tangan mangsa tertimbus di LRT Gombak terpaksa dipotong sedikit >> Berita Malay 18Tangan mangsa tertimbus di LRT Gombak terpaksa dipotong sedikit: Seorang warga Bangladesh tersepit tangan dalam runtuhan tersebut ditemui da… Read More...
Update SERAHKAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK JAWATAN PERDANA MENTERI >> Berita Malay 18
DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA TIDAK DISEBUT JAWATAN PERDANA MENTERI ADALAH JAWATAN SEMENTARA.
JAWATAN PERDANA MENTERI TIDAK BOLEH ADA… Read More...
Update Pegawai PBT menyamar tukang masak, tangkap orang tak puasa >> Berita Malay 18Pegawai PBT menyamar tukang masak, tangkap orang tak puasa: 'Kami telah memilih secara khas pegawai-pegawai yang berkulit gelap untuk melaku… Read More...
Update Lepas 6 terbunuh, Prabowo cuba tenteramkan penyokong >> Berita Malay 18Lepas 6 terbunuh, Prabowo cuba tenteramkan penyokong: “Saya mohon saudara-saudara kembalilah ke tempat istirahat masing-masing, hindari tind… Read More...