- Komunikasi dan penyelarasan kurang berkesan di antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Pendidikan dikenal pasti antara punca sebuah surau sekolah di Sabah yang baharu diperbaiki, terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan surau baharu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1.
Menurut laporan itu, surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin di Penampang yang telah dibaiki dengan kos RM135,735 pada 31 Mac 2015, dirobohkan untuk pembinaan surau baharu bernilai RM469,960.
Permohonan bagi pembinaan projek surau itu dikemukakan pengerusi surau tersebut dan diluluskan di bawah Peruntukan Khas Perdana Menteri, ICU JPM.
Menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, pembinaan surau berkenaan satu pembaziran kerana pembaikan surau lama telah siap dan sedia untuk digunakan.
“Pembaziran ini dapat dielakkan sekiranya wujud penyelarasan berkesan di antara ICU, JPM dan Kementerian Pendidikan. Selain itu, tatacara pelupusan aset tak alih tidak dilakukan mengikut ketetapan,” kata laporan itu.
Kelemahan berkenaan ditemui susulan pengauditan yang dijalankan di tiga sekolah di Sabah iaitu SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang; SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu dan SMK Agaseh, Lahad Datu yang dijalankan antara Julai hingga Oktober 2016.
Sementara itu, maklum balas Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu yang diterima Jabatan Audit Negara pada 21 April 2017, menyatakan pihak Kementerian tidak dimaklumkan berkaitan permohonan sekolah kepada JPM bagi membina surau baharu.
Oleh kerana itu, penyenggaraan surau yang dilaksanakan kementerian adalah berdasarkan permohonan sekolah disebabkan faktor keselamatan pelajar yang menggunakan surau berkenaan.
“Pihak SMK Datuk Peter Mojuntin dimaklumkan oleh pegawai pejabat daerah bahawa peruntukan yang diberikan JPM untuk surau baharu (berstruktur konkrit) hanya boleh digunakan bagi tahun semasa dan kontraktor perlu mengambil alih tapak dengan kadar segera.
“Pihak sekolah terpaksa menerima projek ini kerana jika tidak, projek tersebut akan ditarik balik dan berkemungkinan pihak sekolah tidak mempunyai peluang untuk mendapat surau berstruktur konkrit pada masa akan datang,” demikian maklum balas kementerian mengenai isu berkenaan.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/03/update-video-pengkritik-tak-tahu-apa.html">Update [Video Pengkritik tak tahu apa-apa tentang automotif, kata Dr M] Bravo EggBoy, come to Dubai "I give you ferrari"! NoPas Kedah Kemaruk Kuasa? Ahli-ahli Pas tegar dah riuh sakan, seronok gila bila baca viral hayalan yang disebar pewalak tegar. >> Berita Malay 18Isnin, 18 Mac 2019 KiniTV Selepas melancarkan Festival GT Asia hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata langkah menambah baik … Read More...
Update Anwar: PAS tak ada modal main isu undi tak percaya PM >> Berita Malay 18Anwar: PAS tak ada modal main isu undi tak percaya PM: Susulan dakwaan pemimpin PAS bahawa usaha undi tidak percaya terhadap PM berjaya 'dig… Read More...
Update [Video Islam bukan pengganas! Bangga ada sifat kemanusiaan, ini kenyataan eggboy] Parti dia kesian kat Umno, kita pula kesian kat parti dia & Parti pakar pitenah loni. >> Berita Malay 18Ahad, 17 Mac 2019 Lepas doa 'Umno mapuh' makbul, PAS berasa kasihan "Antara isu besar dalam perkembangan politik negara (ialah) hasil d… Read More...
Update The 'egg boy' who egged Australian senator... >> Berita Malay 18 Australian police said they were investigating after a teenager smashed an egg on a controversial right-wing lawmaker who had blamed New Z… Read More...
Update Anugerah Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia 2019 milik Razhiyah >> Berita Malay 18 KOTA BHARU: Tugas mendidik pelajar di sekolah pendidikan khas bukan dianggap cabaran, sebaliknya satu kelebihan kepada dirinya selepas men… Read More...